Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony betulkan isu “upgrade PS Plus terlalu mahal”, katanya kesilapan teknikal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2022
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Sony betulkan isu “upgrade PS Plus terlalu mahal”, katanya kesilapan teknikal
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan, nampaknya ramai yang tidak berpuas hari dengan servis langganan PS Plus serba baru. Salah satu isunya adalah beberapa orang harus membayar balik nilai wang yang terlalu tinggi semata-mata untuk upgrade ke pelan Extra dan Deluxe sedangkan mereka dapat pakej PS Plus lama pada harga diskaun. Selepas menerima aduan daripada para pemain, nampaknya Sony telah membetulkan isu “upgrade PS Plus” tersebut dan meminta maaf.

Due to a technical error, players in Asia who have previously purchased a PlayStation Plus membership at a discount have been incorrectly charged for their upgrade pricing. This error has been fixed and impacted players will receive a credit. We thank you for your patience.

— Ask PlayStation (@AskPlayStation) May 25, 2022

Sebuah tweet daripada akaun Twitter rasmi ‘Ask PlayStation‘ menjelaskan bahawa “kesilapan teknikal” merupakan sebab di sebalik caj tambahan untuk beberapa pengguna. Bagi sesiapa yang terjejas, mereka akan menerima kredit sebagai tanda minta maaf oleh Sony. Isu atau ‘bug’ itu sudah pun dibetulkan supaya tiada siapa lagi akan mengalami masalah yang sama .

Jadi bagaimana masalah ini berlaku? Kisahnya begini.

Bagi sesiapa yang melanggan PS Plus versi lama, korang dapat menaik taraf kepada pelan baharu dengan membayar jumlah wang berdasarkan baki hari keahlian. Malangnya, sesiapa yang membeli PS Plus (versi lama) pada harga diskaun harus membayar jumlah upgrade penuh. Maka, dari situlah muncul masalahnya.

Bukan itu sahaja, disebabkan PS Plus sangat murah pada ketika itu, beberapa orang telah mengumpul atau “stacking” langganan PS Plus sehingga beberapa tahun. Sebagai contoh, seorang lelaki masih mempunyai langganan keahlian selama 1885 hari (kira-kira 5 tahun) dan untuk menaik taraf kepada pelan Extra, dia perlu membayar sebanyak RM762.09.

Perbuatan “PS Plus stack/stacking” tidak bertentangan dengan syarat perkhidmatan Sony jadi itulah yang membuatkan ramai orang membeli sekaligus supaya mereka tidak perlu risau untuk tahun-tahun akan datang, lagi-lagi semasa ia ditawarkan secara harga diskaun.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai langganan selama beberapa tahun, ia akan jadi masalah yang besar.

Jika korang tidak ada masalah di atas, ini adalah info lengkap tentang PS Plus Extra/Premium di Malaysia serta katalog game yang mereka tawarkan dari PS5, PS4, PS3, PS2 dan PS1. Kami juga menyediakan panduan untuk cara-cara beli/upgrade di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps plusPS4ps5Upgrade
Previous Post

Temtem – Game MMO ala-ala Pokemon akan rasmi lancar pada 6 September 2022

Next Post

Bomber Crew – Game percuma Steam, boleh tuntut sehingga 3 Jun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bomber Crew – Game percuma Steam, boleh tuntut sehingga 3 Jun!

Bomber Crew - Game percuma Steam, boleh tuntut sehingga 3 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd