Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh “launch” untuk PS4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2022
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh “launch” untuk PS4
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik PS5 dan Xbox Series X akhirnya dapat merasa Cyberpunk 2077 di konsol mereka, tetapi bagaimana pula dengan pengguna PS4? Bagi mereka yang tidak tahu, salinan fizikal Cyberpunk 2077 langsung tidak boleh “launch” di PS4 dan sudah tentu, ramai gamer yang mengamuk selepas insiden ini berlaku. Setahun kemudian, Sony akhirnya betulkan isu ini supaya pengguna PS4 dapat mencuba game.

There's a software update for PS4 live now. It addresses the issue with the disc version of Cyberpunk 2077 not launching on PS4 after installing the latest game patch. Please make sure to update your system. pic.twitter.com/3EYJNGjRKp

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 19, 2022

Secara lebih khusus, Sony telah melancarkan “system update” yang membetulkan masalah “tidak boleh launch”. Walaupun tidak jelas apakah punca isu tersebut, pemain PS4 akan menerima notifikasi bahawa “game file” telah rosak. Ada yang cuba buat “troubleshooting” sendiri seperti membuang game dan kemudian install semula, tetapi itu pun tidak membetulkan isu ini.

Ini bukanlah update untuk Cyberpunk, sebaliknya ia adalah update kepada sistem konsol PS4. Saya pun tidak tahu sama ada masalah itu datang daripada Sony atau CD Projekt Red selaku developer, tetapi nampaknya Sony sudah menguruskan masalah ini dengan update terbaru PS4. Buat pemilik Xbox One, mereka tidak mengalami masalah ini dan boleh bermain salinan fizikal Cyberpunk 2077 seperti normal.

Selain itu, sebuah update baru telah dilancarkan secara senyap-senyap untuk PC untuk membantu memperbaiki bug dan masalah teknikal lain mengikuti Update 1.5. Di media sosial, beberapa pemain melaporkan bahawa ada penambahbaikan dalam fitur ray tracing, jadi Cyberpunk 2077 sepatutnya nampak cantik dan lebih lancar sekarang.

There is a new stealth Cyberpunk 2077 update available for PC (version remains at 1.5). It adds a toggle for Ray-Traced Local Shadows, changes the RT presets and apparently improves performance for some (as per reddit) @digitalfoundry @Dachsjaeger @dark1x @cataferal pic.twitter.com/JyBeEQc67U

— Dennis Martin Herbers 🌸 (@D2KX_) February 19, 2022

Bagi mereka yang berminat untuk cuba, Cyberpunk 2077 kini tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC. Jika tidak yakin nak beli, pemain PS5 dan Xbox Series X/S boleh cuba demo percuma Cyberpunk yang menawarkan tempoh 5 jam gameplay.

Untuk segala liputan kami tentang Cyberpunk 2077, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyberpunk 2077PS4Sony
Previous Post

Assassin’s Creed Valhalla percuma untuk main pada hujung minggu ini

Next Post

Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Goten & Trunks akhirnya masuk fasa remaja dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd