Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini – Pra-tempah kini dibuka!

safwan by safwan
June 9, 2023 - Updated on July 13, 2023
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini – Pra-tempah kini dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Summer Game Fest pagi tadi, SEGA telah mengumumkan Sonic Superstar dan akan dilancarkan pada suku ke-3 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

[Kemas kini – 23 Jun 2023]

Berikutan dengan acara Sonic Central 2023, SEGA telah berkolaborasi bersama LEGO dengan membawa kandungan eksklusif di dalam Sonic Superstars termasuk skin Sonic dan juga Eggman. Mereka juga telah mengumumkan yang pra-tempah bagi Sonic Superstars kini dibuka! Bagi sesiapa yang membuat pre-order, anda akan dapat bonus item yang sangat eksklusif! Berikut adalah itemnya:

  • Skin LEGO Dr. Eggman
  • Acrylic Display Stand
  • Reversible Cover

[Artikel Asal]

Tentang Sonic Superstar

Kredit: SEGA

Sonic Superstars adalah game high-speed action baharu yang menggabungkan 2D side-scrolling yang klasik dan grafik 3D yang cantik. Pengembaraan baharu bermula untuk Sonic dan rakan-rakannya seperti Tails, Amy, dan Knuckles di Kepulauan Northstar yang misteri dan didiami oleh raksasa. Dengan Emerald Powers baru, anda perlu hentikan Dr. Eggman dan Fang yang merancang untuk menggunakan raksasa.

Ciri-ciri Penting

Evolusi Classic Sonic Yang Seterusnya

Kredit: SEGA

Action side-scrolling 2D siri ini kembali dan lebih baik dari sebelumnya, dengan visual, zon, lagu dan mekanik baharu! Pemain baru dan lama sama-sama boleh menikmati pengalaman serba baharu yang masih mengekalkan daya tarikan Sonic klasik itu!

Pelakon Yang Berwarna-Warni

Kredit: SEGA

Dalam Sonic Superstars, Tails, Knuckles dan Amy akan muncul bersama Sonic sebagai watak yang boleh dimainkan. Gunakan kebolehan unik mereka untuk berdepan dengan musuh ketat Dr. Eggman dan Fang. Lebih-lebih lagi, Naoto Ohshima, pereka Sonic the Hedgehog asal, akan terlibat dalam pengeluaran untuk membantu membawakan watak-watak yang berwarna-warni ke game Sonic baharu ini!

Kuasa Emerald Baru

Kredit: SEGA

Kuasa Emerald boleh dibuka kuncinya dengan mengumpul Chaos Emeralds. Terdapat pelbagai kebolehan yang berbeza—sesetengahnya membolehkan anda mencipta klon semasa pertempuran, memanjat air terjun, melompat ke udara dan banyak lagi! Cari cara baharu untuk membersihkan setiap peringkat menggunakan kuasa ini!

Co-op Sehingga Empat Pemain

Kredit: SEGA

Buat pertama kali dalam sejarah siri ini, anda akan dapat bermain dengan tiga pemain lain secara “local”! Berseronoklah merentasi dunia sonic baharu bersama keluarga dan rakan!

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Sonic Superstar akan dilancarkan pada suku ke-3 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: segaSonic Superstar
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Next Post

Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]

Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd