Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Rumble Lancar Awal Di Malaysia – Muat Turun Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 9, 2024
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, PC, Steam
0 0
0
Sonic Rumble Lancar Awal Di Malaysia – Muat Turun Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah “soft launch” Sonic Rumble, sebuah game mobile bergenre party royale, eksklusif untuk pengguna iOS dan Android di Malaysia. Bermula hari ini, peminat boleh menikmati aksi pantas dan keseronokan kacau-bilau daripada game party multiplayer pertama dalam francais Sonic the Hedgehog.

Sertai pertempuran epik melibatkan 32 pemain dalam perlawanan yang pantas, huru-hara, dan penuh strategi. Game ini menawarkan pelbagai mod menarik yang menjanjikan keterujaan tanpa henti.

Dalam mod “Run”, anda akan berlumba ke garisan penamat untuk merebut kemenangan. Mod “Survival” pula mencabar anda untuk bertahan sehingga ke akhir pusingan. Sementara itu, mod “Ring Battle” menguji kecekapan anda mengumpul dan melindungi cincin sebanyak mungkin sambil mengelak serangan lawan.

Kredit: SEGA

Pemain juga boleh menikmati perlawanan dengan menggunakan watak-watak klasik Sonic di dunia berwarna-warni yang dicipta oleh Dr. Eggman. Pilih untuk bermain sebagai watak ikonik seperti Sonic, Tails, Knuckles, Amy, Shadow, atau bahkan Dr. Eggman sendiri.

Kredit: SEGA

Bagi mereka yang gemar bermain secara berpasukan, mod “Squad Play” membolehkan anda membentuk kumpulan sehingga empat pemain untuk mengalahkan pasukan lawan. Selain itu, anda juga boleh menyesuaikan watak dengan pelbagai skin, animasi, kesan khas, dan banyak lagi untuk pengalaman lebih peribadi.

Eksklusif untuk Pemain Malaysia

Sementara Sonic Rumble soft launch di Malaysia, kempen prapendaftaran global untuk game ini turut bermula. Peminat dari seluruh dunia kini boleh pradaftar di iOS, Android, dan Steam untuk membuka pelbagai ganjaran eksklusif, termasuk:

  • 5000 Ring
  • Garnet Knuckles Skin
  • Sonic the Hedgehog 3 Movie Skin
  • Teman Cyrstal Chao
Kredit: SEGA

Pemain di Malaysia yang mempunyai akses awal juga boleh memanfaatkan kempen prapendaftaran ini dengan mendapatkan ganjaran percuma apabila versi global dilancarkan.

Game ini juga akan tersedia di Steam pada tarikh yang akan diumumkan kemudian. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Update 1.4 ‘A Storm of Falling Stars’ Akan Tiba 18 Disember!

Next Post

Kolaborasi eFootball x Captain Tsubasa Bermula Sekarang – Dari Manga Anime Ke Dunia Sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kolaborasi eFootball x Captain Tsubasa Bermula Sekarang – Dari Manga Anime Ke Dunia Sebenar!

Kolaborasi eFootball x Captain Tsubasa Bermula Sekarang - Dari Manga Anime Ke Dunia Sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd