SEGA telah melancarkan trailer debut rasmi untuk Sonic Racing: CrossWorlds, game perlumbaan crossover terbaru yang menggabungkan watak-watak dari dunia Sonic the Hedgehog dan SEGA. Berikut adalah trailer-nya:
Salah satu ciri utama yang diperkenalkan ialah mekanik baharu Travel Rings, yang mengubah setiap perlumbaan secara drastik. Cincin khas ini membawa pemain ke dunia berbeza semasa perlumbaan, dan pelumba di hadapan berpeluang memilih destinasi seterusnya pada pusingan kedua.
Setiap CrossWorld menampilkan pengalaman seakan taman tema dengan pelbagai kejutan, termasuk raksasa gergasi, halangan mencabar, dan persekitaran menakjubkan yang mengubah laluan perlumbaan secara langsung.

Sistem litar dinamik turut menjadi tarikan utama, mengambil inspirasi daripada game terdahulu seperti Sonic & All-Stars Racing Transformed. Dengan setiap pusingan, laluan perlumbaan berubah—beralih antara darat, laut, dan udara. Persekitaran yang sentiasa berkembang ini memerlukan pemain menyesuaikan strategi mereka secara berterusan, menjadikan setiap perlumbaan unik.

Sonic Racing: CrossWorlds juga memperkenalkan sistem Gadget. Sebelum perlumbaan, pemain boleh melengkapkan dan menggabungkan pelbagai Gadget yang memberikan kelebihan istimewa, seperti peningkatan kelajuan atau akses kepada lebih banyak item. Semakin jauh anda maju, lebih banyak slot Gadget serta peningkatan yang lebih kuat akan dapat diakses, membolehkan anda menyusun strategi terbaik.

Customization kenderaan juga menjadi salah satu ciri utama. Buat pertama kalinya dalam siri Sonic Racing, watak-watak tidak lagi terikat dengan kenderaan tertentu. Sebaliknya, pemain boleh memilih daripada pelbagai jenis kenderaan—setiap satu mempunyai parameter unik seperti kelajuan, pecutan, dan kawalan.
Selain itu, pemain boleh menggabungkan bahagian dari pelbagai kenderaan untuk mencipta kenderaan tersuai. Dengan pilihan luas untuk menukar warna, pelekat, dan tekstur (termasuk bahagian dalaman), setiap pemain boleh menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi juga mencerminkan gaya mereka sendiri.
Sebagai elemen nostalgia buat peminat lama, Extreme Gear kembali! Papan luncur terbang yang pertama kali muncul dalam Sonic Riders kini boleh digunakan semula dalam Sonic Racing: CrossWorlds.

Pendaftaran untuk Closed Network juga disahkan akan dibuka pada 22 Februari, memberikan peluang kepada peminat untuk merasai game ini lebih awal. Dalam CNT, pemain boleh mencuba pelbagai ciri yang telah disebutkan di atas—kecuali Extreme Gear.
Sonic Racing: CrossWorlds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store. Malangnya, tarikh keluaran rasmi masih belum diumumkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post