Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers umum pelan DLC 2023 – Knuckles, Tails & Amy jadi playable character!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 1, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Game, Genre, Konsol, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Frontiers umum pelan DLC 2023 – Knuckles, Tails & Amy jadi playable character!
Share on FacebookShare on Twitter

Sega telah mendedahkan road map Sonic Frontiers dengan DLC percuma yang akan tiba pada 2023 dengan janji untuk memastikan game open-world ini sentiasa seronok untuk dimainkan, sekurang-kurangnya 12 bulan akan datang. Game ini tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC.

New modes, new Koco, new…playable characters!? More Sonic Frontiers content coming your way next year! pic.twitter.com/MoZ8Gtj4Ro

— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) November 30, 2022

Pasukan pembangun Sonic Frontiers telah membuat pengumuman di Twitter dan berkongsi poster yang menampilkan apa yang boleh dijangkakan dalam setiap kemas kini. Namun, tiada tarikh rasmi keluaran untuk kemas kini ini.

Berikut adalah kemas kini DLC yang dijadualkan:

Update 1

  • Juke Box
  • Photo Mode
  • New Challenges Mode

Update 1 akan memperkenalkan mode Juke Box dan Photo, berguna jika anda suka mengambil beberapa gambar Sonic di dalam dunia barunya dan juga turut disertakan dengan New Challenges Mode. SEGA tidak memberi maklumat lanjut tentang mode tersebut, tetapi ia mungkin akan mengandungi set cabaran yang lebih sukar.

Update 2

  • Sonic’s Birthday
  • Open Zone Challenge
  • New Koco

Untuk Update 2 pula, mereka akan menambah open Zone Challenge dan memperkenalkan Koco baru. Selain itu, acara untuk meraikan hari lahir Sonic akan diadakan tetapi maklumat lanjut acara masih belum diberikan.

Update 3

  • Penambahan playable character seperti Knuckles, Tails dan Amy

Untuk kemas kini terakhir, Update 3 menampilkan kemas kini yang pastinya akan ditunggu-tunggu kerana ia akan memberi penambahan kepada senarai watak yang boleh dimainkan dan kisah baru.

Selain daripada DLC percuma, anda juga boleh mendapatkan suit Holiday Cheer secara percuma sempena sambutan Hari Krismas pada 21 Disember ini.

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang Sonic Frontiers:

Dunia sedang bertembung dalam pengembaraan berkelajuan tinggi terbaru Sonic the Hedgehog! Demi mencari zamrud Chaos yang hilang, Sonic terdampar di pulau purba yang penuh dengan makhluk luar biasa. Berlawan dengan sekumpulan musuh yang kuat sambil meneroka dunia yang penuh aksi, pengembaraan dan misteri yang menakjubkan.

Pecut ke tahap baru dan alami keseronokan kebebasan open-zone platform sambil berlumba merintasi lima Kepulauan Starfall yang besar. Ikuti pengembaraan, gunakan kuasa orang purba dan berjuang untuk menghentikan musuh misteri yang baru. Selamat datang ke evolusi game Sonic!

Sekali lagi saya ingatkan, kesemua kemas kini DLC Sonic Frontiers ini boleh didapatkan secara percuma. Kami akan kemas kini selepas mendapat maklumat lanjut tentang tarikh keluaran kandungan tambahan ini.

Sonic Frontiers telah tersedia untuk dimainkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Dapatkan sekarang!
Sonic Frontiers
Publisher: Sega
Release Date: 2022-11-08
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Sonic Frontiers ialah game platform 3D yang dibangunkan oleh Sonic Team dan diterbitkan oleh Sega. Sebagai Sonic the Hedgehog, pemain meneroka Starfall Island yang misteri untuk mengumpul Chaos Emeralds selepas Sonic dan rakan-rakannya dipisahkan apabila terjatuh melalui wormhole.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCGameSonic Frontierssonic the hedgehog
Previous Post

Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan – Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!

Next Post

Gundam Battle Operation 2: GBO Winter Festival 2022 sudah tiba!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Gundam Battle Operation 2: GBO Winter Festival 2022 sudah tiba!

Gundam Battle Operation 2: GBO Winter Festival 2022 sudah tiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd