Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers ‘The Final Horizon’ – Sonic bakal hadapi musuh paling kuat dalam game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Frontiers ‘The Final Horizon’ – Sonic bakal hadapi musuh paling kuat dalam game!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan, SEGA telah mengeluarkan pelbagai maklumat untuk “The Final Horizon“, content update ketiga (dan juga kemas kini besar) untuk Sonic Frontiers, termasuk maklumat tentang visual baharu, teaser animasi dan gambaran keseluruhan cerita.

Secara ringkas, update ini menambah pelbagai ciri-ciri dan kandungan baharu kepada game seperti kisah baru di Pulau Ouranos dan memperkenalkan Amy, Knuckles, dan Tails sebagai watak yang boleh dimainkan! Di sini, anda boleh memanfaatkan kebolehan mereka untuk menyelesaikan Challenge dan misi lagi dan saksikan pengakhiran game dalam cara serba baharu!

Dalam trailer animasi terbaharu, Sonic dan rakan-rakan menempuh laluan baharu yang ditemui oleh Sage.

Sebelum pertempuran terakhir di Pulau Ouranos, Sage mencadangkan tindakan alternatif: di mana Sonic cuba menukar Cyber Corruption kepada bentuk kuasa baharu, manakala Amy, Knuckles, dan Tails cari Chaos Emeralds bagi pihaknya.

Berdepan dengan senario yang akan membahayakan dirinya dan rakan-rakannya, Sonic mesti membuat keputusan…

Kredit: SEGA Asia

Gameplay:

Sonic Frontiers merupakan game platformer pada 2022 yang dibangunkan oleh Sonic Team dan diterbitkan oleh Sega. Sebagai Sonic, pemain meneroka Starfall Island untuk mengumpul Chaos Emerald, selepas Sonic dan rakannya dipisahkan apabila terjatuh melalui lubang cacing.

Frontiers menyepadukan elemen game tradisional Sonic the Hedgehog —seperti platforming, “ring (cincin)” dan “grind rail” — lalu memasukannya ke dalam dunia open world/open zone. Semasa meneroka dunia luasa ini, pemain boleh menyelesaikan pelbagai cabaran, melawan musuh robot dan mengakses level “Cyber Space” yang diilhamkan oleh game klasik Sonic.


Sonic Frontiers kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam manakala update The Final Horizon akan tiba pada 28 September nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCSonic FrontiersSonic Frontiers The Final Horizon
ShareTweetSend
Previous Post

Lawati Booth SEGA/ATLUS di Tokyo Game Show 2023! Ada Demo Serta Persembahan Khas!

Next Post

“Tidak tahu emas itu haram untuk orang Islam semasa membuat Shaheen” – Interview Tekken 8 [TGS23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Tidak tahu emas itu haram untuk orang Islam semasa membuat Shaheen” – Interview Tekken 8 [TGS23]

"Tidak tahu emas itu haram untuk orang Islam semasa membuat Shaheen" - Interview Tekken 8 [TGS23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd