Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Solo Leveling Season 2 -Arise from the Shadow- Akan Debut Pada Januari 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Solo Leveling Season 2 -Arise from the Shadow- Akan Debut Pada Januari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Solo Leveling telah menamatkan musim pertama pada awal tahun ini tetapi Season 2 disahkan sedang dalam pembikinan. Selepas berbulan-bulan tanpa berita, pihak produksi anime Solo Leveling mengesahkan bahawa Season 2 akan membuat debut pada awal 2025.

Diumumkan semasa Aniplex Online Fest 2024, kita mendapat berita bahawa musim kedua Solo Leveling, tajuk rasmi -Arise From the Shadow-, akan ditayangkan pada Januari 2025 sebagai sebahagian daripada musim anime Musim Sejuk 2025 yang akan bermula tidak lama lagi.

Untuk meraikan pengumuman ini, anda boleh melihat visual utama bagi musim baru di bawah.

Kredit: © Solo Leveling Animation Partners

Namun, beberapa peminat bertuah akan mendapat peluang untuk melihat musim kedua lebih awal sebelum ia ditayangkan di TV. Dalam siaran yang sama, kami menerima berita bahawa sebuah filem kompilasi berjudul Solo Leveling -ReAwakening- turut sedang dalam pembikinan.

Solo Leveling -ReAwakening- akan ditayangkan di Korea pada 28 November dan di Jepun pada 29 November. Filem ini akan menampilkan kompilasi musim pertama berserta tayangan awal dua episod pertama Musim 2.

Episod-episod ini berjudul “You aren’t E-rank, are You” dan “I Suppose You aren’t Aware”. Episod-episod ini adalah episod baru yang belum pernah ditayangkan, jadi peminat akan mendapat pandangan awal tentang apa yang akan datang untuk Solo Leveling sebelum orang lain.

Trailer khas untuk filem ini juga mengusik ia mungkin akan ditayangkan di negara lain, tetapi tiada pengumuman rasmi yang dibuat setakat penulisan artikel ini.

Berdasarkan karya manhwa daripada penulis Chugong dan artis mendiang DUBU (REDICE Studio), ini adalah sinopsis Solo Leveling:

“Sudah lebih satu dekad sejak kemunculan “gate”—jalan yang menghubungkan dunia kita dengan dimensi lain. Sejak itu, sesetengah manusia telah bangkit dengan kuasa supernatural. Kami memanggil individu-individu ini sebagai “hunter.” Para hunter mencari nafkah dengan menggunakan kuasa mereka untuk menaklukkan dungeon di dalam gerbang tersebut.”

“Dalam dunia penuh cabaran ini, hunter berpangkat rendah, Jinwoo Sung, dikenali sebagai “hunter paling lemah di seluruh umat manusia.” Suatu hari, Jinwoo mengalami kecederaan parah apabila dia terperangkap dalam dungeon berpangkat tinggi yang tersembunyi dalam dungeon berpangkat rendah. Ketika itu, menu misteri muncul di hadapannya. Di ambang kematian, Jinwoo memutuskan untuk menerima quest tersebut dan mula menaikkan level… sementara yang lain tidak.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Solo Leveling Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Festival Asia Singapore 2024 Akan Bermula 29 November!

Next Post

Reviu Dead Rising Deluxe Remaster – Bertahan 72 Jam Daripada Zombie!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Reviu Dead Rising Deluxe Remaster – Bertahan 72 Jam Daripada Zombie!

Reviu Dead Rising Deluxe Remaster - Bertahan 72 Jam Daripada Zombie!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd