Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Solo Leveling: Kenali Sung JinWoo, Hunter Terlemah Kini Paling Kuat Dalam Siri! [SPOILER]

Maira by Maira
January 18, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik
0 0
0
Solo Leveling: Kenali Sung JinWoo, Hunter Terlemah Kini Paling Kuat Dalam Siri! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Daripada novel ke manhwa, Solo Leveling akhirnya mendapat adaptasi anime oleh A-1 Pictures pada tahun ini. Buat peminat siri ini, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana Sung Jinwoo berubah menjadi watak paling berkuasa dalam Solo Leveling. Permulaan hidupnya untuk menjadi yang terkuat tidaklah begitu mudah. Jom kami ceritakan secara ringkas bagaimana Jinwoo yang lemah menjadi kuat dalam siri!

© Solo Leveling Animation Partners

Pengenalan ringkas

Kelihatan lemah dan sering cedera semasa memburu, Sung Jinwoo merupakan protagonis dalam Solo Leveling. Walaupun dianggap sebagai Hunter paling lemah dalam dunia tersebut, Jinwoo tiada pilihan tetapi meneruskan kerjanya sebagai hunter untuk menyokong persekolahan adiknya serta ibunya yang sakit. Bapanya pula hilang selepas terperangkap dalam dungeon semasa raid.

© Solo Leveling Animation Partners

Daripada Terlemah kini Terkuat

Dalam satu raid D-Rank dungeon, Jinwoo bersama-sama sekumpulan hunter lain telah bertemu dungeon tersembunyi di dalam Gate dan membuat keputusan untuk menerokanya. Saat inilah yang mengubah hidup Jinwoo selama-lamanya.

Dungeon tersembunyi itu sebenarnya sebuah perangkap dan Jinwoo akhirnya menjadi korban selepas sebelah kakinya sudah tiada manakala yang lain melepaskan diri. Dengan berseorangan dalam dungeon itu serta cedera parah, ada satu mesej pelik yang tiba-tiba muncul. Jinwoo diminta untuk memenuhi syarat untuk membuka quest rahsia. Tiada masa untuk berfikir panjang, Jinwoo telah menerima quest tersebut dan menjadikannya seorang pemain The System, yang akhirnya menyelamatkannya daripada dungeon tersebut.

© Solo Leveling Animation Partners

Kehadiran The System membolehkan Jinwoo untuk berlatih dan menaikkan level dengan membunuh raksasa dan menyelesaikan quest yang diberikan oleh sistem misteri itu. Hanya dia seorang sahaja yang boleh melihat antara muka sistem tersebut. Setiap kali Sung Jinwoo naik level, fizikalnya sedikit demi sedikit berubah daripada kelihatan lemah kini lebih tinggi, berotot dan sudah tentu lebih kuat.

© DUBU(REDICE STUDIO), Chugong, h-goon 2018 / D&C WEBTOON Biz

Walaupun kuasanya yang luar biasa, Jinwoo masih mempunyai batasan pada awal siri. Kuasanya mempunyai kadar yang sama dengan level-nya, jadi dia perlu terus berlawan dan menjadi kuat. Penggunaan kebolehannya juga akan memakan banyak tenaga magic-nya. Tetapi pada penamat siri, Jinwoo sudah pun mempunyai level maksimum untuk segala attribute dan mempunyai kuasa mengalahkan manusia lain.

Sudah tentu sepanjang perjalanannya, Jinwoo bertemu dengan pelbagai jenis Hunter dan musuh kuat. Tetapi kami akan ceritakannya lain kali. Anime Solo Leveling kini boleh ditonton melalui Netflix, iQIYI, Bilibili dan Crunchyroll. Untuk membaca manhwa, anda boleh ke Tappytoon atau Tapas!

Kalau anda ingin membawa fakta atau trivia menarik mengenai game, manga, filem dan lain-lain, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Solo LevelingSung Jinwoo
ShareTweetSend
Previous Post

GARO: Heir to Steel Armor Kini Tersedia Melalui Youtube! Comeback Siri Selepas 3 Tahun!

Next Post

Suicide Squad: Kill the Justice League Media Kit Unboxing — Bergaya Bersama Pasukan Anti-Hero!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Suicide Squad: Kill the Justice League Media Kit Unboxing — Bergaya Bersama Pasukan Anti-Hero!

Suicide Squad: Kill the Justice League Media Kit Unboxing -- Bergaya Bersama Pasukan Anti-Hero!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd