Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Snek Kegemaran, Pengalaman di Singapura — Sorotan Panel Pentas Bersama Iori Moe [AFA 2023]

Maira by Maira
November 25, 2023 - Updated on November 26, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Game
0 0
0
Snek Kegemaran, Pengalaman di Singapura — Sorotan Panel Pentas Bersama Iori Moe [AFA 2023]

Sumber imej: Iori Moe

Share on FacebookShare on Twitter

Anime Festival Asia 2023 sudah pun bermula! Terdapat pelbagai pameran serta jemputan hebat yang bakal memeriahkan acara sepanjang minggu ini! Kami juga tidak melepaskan peluang untuk sertai festival hebat Asia yang membawa ramai peminat-peminat ACG rantau berkumpul. Sudah tentu kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri panel untuk duta AFA 2023, Iori Moe! Jom kami kongsikan serba sedikit sorotan semasa panel tersebut.

Untuk anda yang tidak mengenai Iori Moe, dia merupakan salah seorang cosplayer popular. Bukan setakat itu sahaja, dia juga seorang personaliti radio, streamer dan gravure model. Kalau anda mengikuti komuniti cosplayer mahupun mobile game, anda pasti akan bertembung dengan Iori Moe banyak kali di Internet.

Sumber: Anime Festival Asia 2023

Semasa panel AFA 2023 bersamanya, Iori ada mengongsikan bahawa dia mengenali tentang acara Anime Festival Asia melalui ramai cosplayer Jepun yang pernah menghadirinya. Walaupun begitu, dia agak sibuk untuk melawat booth yang ada dan akan melakukannya apabila lapang dan meminta penonton panel untuk kongsikan beberapa booth untuk dia lawati nanti. Apabila ditanya mengenai pakaiannya semasa panel, Iori memberitahu bahawa kostum tersebut diinspirasikan oleh watak seperti succubus, di mana dia memakai tanduk kecil pada kepalanya dan mempunyai ekor pada belakang kostumnya itu. Dia turut mendedahkan bahawa kostum itu sebenarnya ditempah dan dia memberikan beberapa rujukan kepada pembuat kostum tersebut. Maka terhasil kostum comelnya itu.

AFAの会場につきました💪
この後はサイン会だよ🙆‍♀️
シンガポールのみんなに会えるのを楽しみにしてます!☺️ https://t.co/A5RAd2ctJx pic.twitter.com/K8PWGYnGzX

— 伊織もえ (@iorimoe_five) November 24, 2023

Rupa-rupanya ini bukanlah kali pertama Iori datang ke Singapura. Dia menceritakan bahawa enam tahun lepas, dia pernah ke negara itu dan sempat merasa laksa Singapura dan Milo. Dia juga berpeluang untuk melihat Merlion pada waktu itu, pergi ke Night Safari dan menambah bahawa dia mempunyai banyak memori indah semasa lawatannya itu. Iori turut mengongsikan yang dia mahu ke aquarium, tetapi disebabkan ia tutup pada jam 7 petang, dia tidak berpeluang ke sana.

Buat masa ini, sudah empat negara yang Iori Moe telah lawati dan kebanyakannya negara-negara di Asia, di mana dia dijemput untuk menghadiri acara. Memandangkan dia seorang cosplayer, tidak peliklah mengapa dia banyak membeli produk makeup. Malah dia menceritakan bagaimana dia bergegas ke Sephora untuk mendapatkan barang seperti Adapter, topeng muka dan alatan solek.

🥰 https://t.co/4sb6d48EXN

— 伊織もえ (@iorimoe_five) November 24, 2023

Iori turut menceritakan serba sedikit mengenai kerjanya tidak kiralah sebagai cosplayer mahupun personaliti radio. Apabila ditanya mengenai perasaannya melihat peminat di luar Jepun, dia berkata bahawa dia sangat gembira. Iori merasakan bahawa media sosial menghubungkan ramai orang di dunia dan melalui live stream di Twitch, dia boleh berkomunikasi dengan peminatnya di luar negara. Dia sungguh bersyukur mengenainya.

Walaupun mempunyai kerja pada masa yang sama, Iori memberitahu bahawa dia tidak berasa susah untuk melakukan kesemua kerjanya kerana dia berseronok dengannya. Dia suka dengan apa yang dilakukannya. Bercerita tentang rancangan radionya, dia mengongsikan bahawa dia tidak pernah sekalipun terlepas rancangan tersebut selama dua tahun berturut-turut. Memandangkan kerja tersebut banyak menggunakan suaranya, dia memberitahu bahawa dia sentiasa minum banyak air untuk pastikan tekaknya tidak kering. Disebabkan musim sejuk menghampiri Jepun sekarang ini, kelembapan sangat rendah menyebabkan udara sangat kering. Oleh itu, dia banyak minum air.

Sumber: IRVINS Salted Egg

Pada penghujung panel, Iori diberikan tiga snek Singapura untuk dicuba. Antara snek yang diberikan adalah Irvins Salted Egg Fish Skin, kek pandan dan juga tofu. Dia mengatakan bahawa dia suka kesemua snek tersebut terutamanya fish skin tersebut kerana kali terakhir dia datang ke Singapura, dia penuhkan begnya dengan snek tersebut.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan dengan anda semua. Anda boleh ikuti semua berita mengenai AFA 2023 melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AFA 2023ANIME FESTIVAL ASIAAnime Festival Asia 2023Anime Festival Asia Singapore 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Crunchyroll Ingin Majukan Servis Untuk Peminat Anime Asia Tenggara Termasuk Malaysia, Interview Khas! [AFA 2023]

Next Post

YOASOBI Asia Tour Bakal Datang ke Malaysia pada 14 Januari 2024! Info Penuh Tiket! [UPDATE]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
YOASOBI Asia Tour Bakal Datang ke Malaysia pada 14 Januari 2024! Info Penuh Tiket! [UPDATE]

YOASOBI Asia Tour Bakal Datang ke Malaysia pada 14 Januari 2024! Info Penuh Tiket! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd