Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skull and Bones Kena Tangguh Sekali Lagi, Ubisoft Turut Batalkan Tiga Projek Game lain!

Maira by Maira
January 12, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Skull and Bones Kena Tangguh Sekali Lagi, Ubisoft Turut Batalkan Tiga Projek Game lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Skull and Bones kena tangguh lagi sekali. Sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac ini, Ubisoft mengumumkan bahawa pelancaran Skull and Bones ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan kelak. Kalau anda ingin tahu, ini kali keenam game ini telah ditunda. Dilaporkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pada game di belakang tabir.

Skull and bones

Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk menjadi lanun hebat tetapi anda perlu bersabar kerana Skull and Bones bakal dilancarkan pada tahun fiskal 2023 – 2024. Bermakna ada kemungkinan besar, game ini baru dapat dimainkan pada tahun 2024. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya pada masa hadapan.

Skull and bones

Kepada anda yang tidak mengenali game Skull and Bones, ia merupakan sebuah game yang membolehkan pemain meneroka Lautan Hindi fiksyen semasa zaman keemasan lanun – dan memperoleh keuntungan daripada perdangan rempah, sutera dan lain-lain. Game ini juga memfokuskan pada aspek multiplayer. Pemain akan bermula sebagai lanun berpangkat rendah, yang ingin menjadi lanun paling terkenal dengan “menguasai laut”.

Sebenarnya, Ubisoft ada lagi berita lain. Rupa-rupanya ada tiga projek game yang tidak pernah diumumkan telah dibatalkan. Walaupun begitu, syarikat pembangun tersebut tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai projek yang dibatalkan itu.

Sebagai tambahan, semasa tahun fiskal 2023-2024, Ubisoft merancang untuk mengeluarkan game Assassin’s Creed Mirage, Avatar: Frontiers of Pandora dan game premium lain yang belum diumumkan termasuklah game percuma untuk dimainkan untuk brand terbesar syarikat tersebut.

Jadi geng, bolehlah anda menabung lagi memandangkan Ubisoft masih belum mempunyai tarikh tetap untuk tajuk game yang bakal dikeluarkan tahun ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Skull and Bonesubisoft
Previous Post

Ikuti pengembaraan Isaac Clarke dalam trailer baru Dead Space!

Next Post

Dragon Ball Z: Kakarot & DLC Bardock kini tersedia untuk PS5, Xbox Series X|S esok!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Next Post
Dragon Ball Z: Kakarot & DLC Bardock kini tersedia untuk PS5, Xbox Series X|S esok!

Dragon Ball Z: Kakarot & DLC Bardock kini tersedia untuk PS5, Xbox Series X|S esok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd