Kami pasti ramai yang ternanti-nantikan game lanun oleh Ubisoft, Skull and Bones. Tetapi nampaknya anda perlu menunggu lagi kerana Ubisoft telah pun menunda pelancaran Skull and Bones sekali lagi. Kini game tersebut dijadualkan untuk pelancaran pada awal 2024.

Dengan penangguhan baharu itu, game dijangka menemui peminat antara bulan Januari 2024 dan Mac 2024. Kalau anda ingin tahu, ini kali keenam game Skull and Bones ditunda. Ia sepatutnya dilancarkan pada 2018, tetapi telah ditunda ke sehinggalah sekarang. Harap-harap ini kali terakhir game ini ditunda memandangkan ujian beta tertutup telah pun dilakukan pada Ogos yang lalu.

Kepada anda yang tidak mengenali game ini, ia merupakan sebuah game yang membolehkan pemain meneroka Lautan Hindi fiksyen semasa zaman keemasan lanun – dan memperoleh keuntungan daripada perdagangan rempah, sutera dan lain-lain. Game ini juga memfokuskan pada aspek multiplayer. Pemain akan bermula sebagai lanun berpangkat rendah, yang ingin menjadi lanun paling terkenal dengan “menguasai laut”.

Memandangkan lambat lagi game ini akan keluar, sempat lagi untuk anda semua menabung untuk membelinya nanti. Apabila Ubisoft mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya, bolehlah beli terus!
Skull and Bones akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store pada awal 2024. Baca segala berita kami tentang game ini termasuk info gameplay penuh, jalan cerita dan lain-lain di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post