Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) meneruskan tradisi kolaborasi anime dengan kerjasama menarik bersama anime ikonik, HUNTER×HUNTER. Kolaborasi ini memperkenalkan empat skin eksklusif yang diilhamkan oleh watak-watak terkenal daripada anime tersebut, yang akan dilancarkan pada 4 Januari 2025.
Kolaborasi ini mempertemukan watak-watak utama HUNTER×HUNTER—Gon, Killua, Kurapika, dan Hisoka—yang dimasukkan ke dalam dunia MLBB melalui skin khas untuk hero tertentu:
- Dyrroth sebagai Gon Freecss
- Harith sebagai Killua Zoldyck
- Julian sebagai Kurapika
- Cecilion sebagai Hisoka




Bagi mereka yang tidak tahu, UNTER×HUNTER, hasil karya Yoshihiro Togashi, adalah salah satu siri manga dan anime paling terkenal di dunia. Mula-mula disiarkan dalam Weekly Shōnen Jump terbitan Shueisha pada Mac 1998, siri ini memikat penonton dengan dunia yang kaya, naratif yang mendalam, dan watak-watak yang sukar dilupakan.
Kisahnya mengikuti Gon Freecss, seorang budak lelaki yang dapat tahu bahawa ayahnya sebenarnya merupakan seorang Hunter legenda—gelaran untuk pengembara elit yang mencari harta karun, menjelajah kawasan tidak diterokai, dan menyelesaikan misteri. Bertekad untuk mengikuti jejak ayahnya, Gon memulakan perjalanan untuk menjadi seorang Hunter, bertemu dengan rakan-rakan dan musuh seperti Killua, Kurapika, dan Hisoka sepanjang perjalanannya.
Kolaborasi HUNTER×HUNTER ini menandakan kerjasama bertema anime keempat dalam Mobile Legends, selepas kejayaan kolaborasi bersama Jujutsu Kaisen, Saint Seiya dan Attack on Titan.
@gamersantaimy
Discussion about this post