Demon Slayer memang banyak berkolaborasi dengan syarikat luar untuk produk-produk menarik seperti minyak wangi, T-shirt Uniqlo, mouse dan lain-lain. Skechers kembali sekali lagi bawakan kolaborasi bersama Demon Slayer di mana ia hanya tersedia melalui pre-order di Shopee rasmi mereka sahaja.
Untuk kolaborasi kali ini, Skechers bawakan 4 reka bentuk yang diilhamkan daripada watak-watak anime tersebut seperti Tengen Uzui, Giyu Tomioka, Shinobu Kocho dan Kyojuro Rengoku. Anda boleh liaht gambar di bawah untuk semua rekaan kasut mereka.
Kasut Skechers yang digunakan dalam kolaborasi kali ini adalah Global Jogger, Stamina V3 dan Sport D’Lites 4.0 yang merupakan kasut yang paling popular oleh jenama itu. Malah ia juga direka untuk keselesaan pengguna. Jika dilihat pada reka bentuknya, setiap elemen dan warna watak digunakan padanya termasuklah simbol mereka.
Untuk rekaan Tengen Uzui, ia hanya tersedia dalam saiz lelaki sahaja manakala rekaan Giyu Tomioka, Shinobu Kocho dan Kyojuro Rengoku tersedia dalam saiz wanita sahaja.
Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kasut Skechers x Demon Slayer, ia hanya tersedia di Shopee rasmi mereka dengan tanda harga RM499.00 untuk setiap kasut melalui pre-order.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah bukan kali pertama mereka berkolaborasi bersama Demon Slayer. pada tahun lepas, mereka telah bawakan 4 reka bentuk yang diilhamkan daripada watak utama anime tersebut termasuk Kamado Tanjiro, Kamado Nezuko dan Agatsuma Zenitsu sahaja di Malaysia.
Kepada peminat Demon Slayer, tunggu apa lagi? Cepat serbu Shopee mereka dan dapatkan kasut pilihan anda. Untuk mendapatkan liputan menarik lain mengenai Demon Slayer daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post