Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skaar, anak kepada Hulk diperkenalkan dalam MCU! Kini ada 3 Hulk dalam francais!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Filem, Komik, Movie/siri
0 0
0
Skaar, anak kepada Hulk diperkenalkan dalam MCU! Kini ada 3 Hulk dalam francais!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam finale She-Hulk: Attorney at Law, banyak rahsia baru dibongkarkan tetapi yang paling besar sekali adalah MARVEL secara rasmi memperkenalkan Skaar, anak kepada Hulk, yang bakal membentuk masa depan MCU untuk generasi baru!

Kisahnya begini:

Di penghujung She-Hulk, selepas Jennifer Walters mengalahkan Intelligencia dan berhadapan dengan Kevin Feige, producer kepada Marvel Studios (yang ternyata adalah superkomputer bernama K.E.V.I.N.), Hulk aka Bruce Banner pulang ke bumi. Selepas bertolak ke Sakaar dalam episod 2, Hulk muncul di majlis makan malam keluarga Banner dengan kejutan besar: dia datang membawa anaknya, Skaar. Bruce memperkenalkan Skaar, yang tidak mempunyai dialog sendiri tetapi sekurang-kurangnya kita tahu dia dilakonkan oleh Wil Deusner (Stargirl).

Itu sahaja maklumat yang kita tahu. Asal usul sebenar Skaar atau mengapa dia ada di Bumi tidak didedahkan.

Tetapi jika kita melihat pada muka surat komik, Skaar boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam masa depan MCU.

Jadi, siapakah Skaar?

Skaar pertama kali diperkenalkan dalam komik Marvel di World War Hulk #5 (November 2007). Dia merupakan anak kepada Bruce Banner dan Caiera, ahli kepada Shadow People of Sakaar yang menjadi isteri Hulk semasa plot Planet Hulk.

Skaar mempunyai hampir semua kuasa yang sama seperti Hulk, kecuali kecerdasan Bruce Banner. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kuasa tambahan. Sebagai keturunan Shadow People of Sakaar, dia juga mempunyai “Old Power,” yang memberikan keupayaan untuk mengawal bumi dan batu (termasuk lava) dengan berkomunikasi dengan planet. Dia juga boleh berubah menjadi batu dan dapat melihat masa lalu.

Selepas muncul dalam World War Hulk, Skaar memainkan peranan penting dalam beberapa peristiwa besar di komik Marvel. Pertama, dia dan Hulk pernah mengumpulkan pasukan Avengers sendiri pada satu ketika dan kemudian, dia bekerja dengan Captain America untuk menyusup masuk Dark Avengers bagi menumpaskan penjahat super yang diketuai oleh Norman Osborn.

Masa depan keluarga Hulk dalam MCU

Apabila She-Hulk berhadapan dengan K.E.V.I.N. dia ingin mendedahkan satu “berita besar” tetapi dipotong oleh She-Hulk yang berkata, “Save it for the movie/Simpan untuk filem.”

Dalam adegan yang sama, She-Hulk bertanya jika ada Musim 2 untuk sirinya dan K.E.V.I.N. menjawab, “See you on the big screen/Jumpa anda di layar perak.” Ini mungkin adalah gurauan, tetapi nampaknya kita akan melihat She-Hulk dalam filem MCU-nya sendiri nanti.

Senario yang paling mungkin terjadi adalah World War Hulk . Walaupun MCU tidak mampu mereplikasi 100% peristiwa di dalam buku komik itu, mereka ada cukup watak termasuk Hulk, She-Hulk dan Skaar untuk membuat kisah yang menarik.

Untuk segala liputan kami tentang francais Hulk, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HulkMarvelmcuShe-HulkSkaar
Previous Post

Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4

Next Post

EA akan tutup servis online untuk beberapa game – Red Alert 3 dan banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
EA akan tutup servis online untuk beberapa game – Red Alert 3 dan banyak lagi!

EA akan tutup servis online untuk beberapa game - Red Alert 3 dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd