Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa syarikat game terkenal, Bandai Namco telah digodam. Syarikat itu juga telah mengesahkan perkara ini malah menyatakan bahawa penggodam telah mengakses secara haram dalam sistem yang melibatkan beberapa syarikat di rantau Asia kecuali Jepun.

Mungkin anda rasa ianya tidaklah begitu teruk, tetapi situasi ini sebenarnya agak teruk juga. Bandai Namco telah mengesahkan bahawa maklumat pelanggan juga mungkin dicuri. Maklumat ini berkaitan dengan bisnes permainan dan hobi di rantau asia kecuali Jepun yang terdapat dalam server dan PC. Syarikat itu juga telah meminta maaf kepada sesiapa yang terkesan daripada masalah godam ini malah akan bekerjasama dengan organisasi lain untuk tingkatkan keselamatan sistem mereka.

Bisnes permainan dan hobi ini biasanya meliputi barang seperti figura dan kit yang dikeluarkan oleh Bandai. Kumpulan yang dikatakan ceroboh masuk ke sistem Bandai Namco, Alphav ingin mencari maklumat tentang pelepasan game daripada Bandai Namco pada tahun 2023. Entah betul atau tidak, kami tidak tahu.
Tetapi nampaknya ada juga yang ingin tumpang sekaki dengan memberikan maklumat palsu mengenainya. Maklumat tersebut ada menunjukkan beberapa game hebat yang “bakal” dilancarkan oleh syarikat tersebut sepanjang 2023. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan logo game yang digunakan juga merupakan logo-logo yang dihasilkan oleh peminat.
Harap-harap data pelanggan semua selamat dan kumpulan Alphav tidak melakukan apa-apa pada data tersebut. Kalau anda ingin tahu, kejadian godam ini bukanlah sesuatu yang pelik. Ada lagi syarikat lain yang pernah kena godam. Contohnya seperti CD Projekt Red, di mana source code mereka telah dicuri dan dilelong dalam talian. EA juga pernah diserang oleh penggodam sehingga source code untuk FIFA 21 dan engine game mereka dicuri.
@gamersantaimy
Discussion about this post