Nampaknya The Promised Neverland akan menjadi anime seterusnya untuk mendapatkan adaptasi live-action daripada Hollywood. Siri ini berjaya menarik perhatian seluruh dunia pada debut musim pertamanya, tetapi sayangnya, versi manga akan tamat pada minggu depan. Dengan jalan cerita akhirnya lengkap, Amazon ingin mengadaptasi siri ini kepada rancangan live-action seperti The Boys.
Variety adalah pihak pertama yang melaporkan adaptasi ini ketika mereka belajar mengenai rancangan akan datang daripada Amazon. Adaptasi live-action ialah berdasarkan manga, tetapi tidak ada kata rasmi sama ada pencipta Kaiu Shirai atau Posuka Demizu akan terlibat dalam projek.
Pada masa ini, Meghan Malloy (Spider-Man: Into the Spider-Verse) akan menulis skrip manakala Rodney Rothman akan mengawasi projek sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Orang ramai pasti kenal Rodney Rothman kerana dia juga bantu mengarah Spider-Man: Into the Spider-Verse dan pernah terlibat dalam filem seperti Forgetting Sarah Marshall, 22 Jump Street, dan lain-lain.

Masi Oka yang pernah mengusahakan siri Death Note di Netflix dan kini terlibat untuk Attack on Titan akan bertindak sebagai eksekutif dan disertai oleh Roy Lee dan Miri Yoon ketika kedua-dua pihak Amazon Studios dan Fox 21 Television Studios akan menghasilkan projek ini.

Buat masa ini, tidak ada kata rasmi untuk produksi The Promised Neverland. Projek ini menjadi topik yang hangat kerana adaptasi anime kini diberi peluang yang lebih besar di Hollywood. Ia juga amat menarik untuk melihat jika The Promised Neverland boleh mencari pelakon yang sesuai kerana siri ini memberi tumpuan kepada sekumpulan anak-anak yatim. Semoga Hollywood menjayakan filem live-action ini supaya industri anime/manga boleh berkembang dengan lebih pesat.
@gamersantaimy
Discussion about this post