Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Monster Hunter Cecah Jualan 100 juta, Monster Hunter Rise Sahaja Sudah Jual 15 juta

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2024
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Siri Monster Hunter Cecah Jualan 100 juta, Monster Hunter Rise Sahaja Sudah Jual 15 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena meraikan ulang tahun siri yang ke-20, semalam Capcom mengumumkan bahawa jualan total di seluruh dunia bagi siri Monster Hunter telah melebihi 100 juta unit. Daripada jumlah itu, Monster Hunter Rise telah menjual 15 juta unit, manakala expansion Monster Hunter Rise: Sunbreak telah menjual lapan juta unit.

Menurut laporan lama, Monster Hunter Rise dan Monster Hunter Rise: Sunbreak, masing-masing telah melebihi 13 juta dan 6 juta unit pada Jun 2023. Ini bermaksud kedua-dua game dan expansion tersebut telah terjual lebih kurang dua juta unit setiap tahun sejak dikeluarkan.

Berikutan kejayaan ini, staf Capcom telah melukis karya seni kenang-kenangan untuk meraikan pencapaian baharu ini:

\【祝】/
『モンスターハンターライズ』が累計販売本数1,500万本、『モンスターハンターライズ:サンブレイク』が800万本を達成!
さらにシリーズ累計では1億本を突破しました!
ハンターの皆様、応援ありがとうございます!
これからも「モンスターハンター」シリーズをよろしくお願いします! pic.twitter.com/oLFOPTymNx

— モンスターハンターライズ:サンブレイク公式 (@MH_Rise_JP) May 14, 2024

Buat masa ini, Monster Hunter: World masih adalah game paling popular dengan jualan tertinggi dalam siri. Ia telah menjual lebih 25 juta unit, yang bermaksud lebih satu juta unit telah dijual secara berturut-turut setiap tahun dalam tempoh tujuh tahun sejak dikeluarkan.

Selain itu, anda tidak perlu menunggu lama untuk mencuba entri terbaru dalam siri.

Entri terbaharu iaitu Monster Hunter Wilds akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada awal tahun 2025 sempena ulang tahun ke-20 siri. Walaupun info masih terhad, tetapi anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: monster hunterMonster Hunter Rise
ShareTweetSend
Previous Post

Square Enix Beralih Daripada “Game Eksklusif PS5”, Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform

Next Post

Samurai Warriors 4 DX Kini Tersedia Di PC Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
Panduan

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

June 6, 2025
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
Panduan

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

June 6, 2025
Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
Panduan

Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0

June 6, 2025
Next Post
Samurai Warriors 4 DX Kini Tersedia Di PC Steam!

Samurai Warriors 4 DX Kini Tersedia Di PC Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd