Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Akan Keluar Sehingga Oda Berpuas Hati!

Maira by Maira
May 5, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Akan Keluar Sehingga Oda Berpuas Hati!

Kredit: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir kita menerima kemas kini mengenai siri live action One Piece Netflix pada bulan Januari yang lalu, di mana Netflix telah mendedahkan poster pertama untuk siri tersebut. Nampaknya mereka kembali dengan kemas kini terbaru yang merupakan mesej khas daripada pencipta One Piece, Eiichiro Oda! Ada kemungkinan besar siri ini tidak akan ditayangkan pada masa terdekat. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Live Action One Piece
Kredit: Netflix

Melalui Twitter Netflix, Oda telah memberikan mesej khas mengenai status siri live action One Piece. Dia menyatakan bahawa dia masih bekerja bersama pihak produksi untuk siri tersebut dan mengalami pelbagai cabaran semasa penghasilan siri tersebut. Tambahnya lagi, dia merasakan siri tersebut merupakan peluang terakhir untuk memperkenalkan dunia One Piece ke seluruh dunia! Sebab itulah dia setuju untuk penghasilan adaptasi live action untuk siri manga popular tersebut pada tahun 2016.

Ever since the beginning of our partnership with Eiichiro Oda, we have been working closely to bring the ONE PIECE live action to you — we welcome everyone to this adventurous world! pic.twitter.com/Woki8YZ27H

— Netflix (@netflix) May 4, 2023

Bukan setakat itu sahaja, Oda turut mengesahkan bahawa siri live action One Piece akan mempunyai lapan episod kesemuanya dan bukanlah 10 episod yang dilaporkan sebelum ini. Walaupun siri ini dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2023, nampaknya pihak produksi telah berjanji kepada Oda bahawa mereka tidak akan melepaskan siri tersebut sehingga pelukis manga itu berpuas hati dengan hasil akhir siri.

Dengan proses akhir sedang dilakukan, harap-harap adaptasi live action ini tidaklah mengecewakan peminat, lebih-lebih lagi buat mereka yang ternanti-nantikan siri tersebut. Apa pun, anda bolehlah klik butang “remind me” untuk menontonnya apabila ia tersedia nanti.

Live Action One Piece
Kredit: Netflix

Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama untuk Straw Hat Crew telah lama diumumkan. Bukan setakat itu sahaja, pengarah eksekutif siri itu mengatakan bahawa dia menantikan peminat untuk menonton adegan klasik Nami semasa arc Arlong. Tidak sabar untuk melihat trailer rasmi pada masa akan datang.

Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live actionLive Action Series One Pieceone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

Next Post

Season 3 Reloaded Call of Duty: Warzone 2.0 & Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 11 Mei ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Season 3 Reloaded Call of Duty: Warzone 2.0 & Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 11 Mei ini!

Season 3 Reloaded Call of Duty: Warzone 2.0 & Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 11 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd