Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Live Action ONE PIECE Dedahkan Poster Pertama Siri! Bakal Tayang di Netflix Tahun Ini!

Maira by Maira
January 31, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri Live Action ONE PIECE Dedahkan Poster Pertama Siri! Bakal Tayang di Netflix Tahun Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya peminat One Piece mesti tertanya-tanya tentang siri live action daripada Netflix yang diumumkan pada 2020. Selepas projek tertangguh akibat pandemik Covid-19, siri tersebut akhirnya mulakan penggambaran pada tahun lalu. Malah sudah tamat pada Ogos 2022.

Kita telah didedahkan dengan pelbagai pelakon serta reka bentuk kapal ikonik dalam siri manga One Piece. Setelah lama tiada berita, Netflix memberikan kejutan dengan mendedahkan dua poster terbaru untuk siri live action One Piece. Anda boleh lihat poster tersebut di bawah.

Live action One Piece
Sumber: Netflix

Dalam poster tersebut, kita boleh nampak krew Straw Hat serta kapal mereka Going Merry. Walaupun poster tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang watak, kita boleh nampak bahawa kostum yang dipakai mereka kelihatan sama seperti Luffy dan kawan-kawannya.

Seperti yang kita semua tahu, siri live action ini akan ditayangkan di Netflix pada tahun ini. Buat masa ini masih tiada trailer rasmi mahupun tarikh tayangan yang didedahkan. Tetapi ada kemungkinan besar ia akan didedahkan tidak lama lagi. Apa pun, kalau anda ada melanggan Netflix, bolehlah klik butang “remind me” untuk menonton siri ini apabila ia tersedia nanti.

Live action One Piece
Sumber: Twitter One Piece Netflix

Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama untuk Straw Hat Crew telah lama diumumkan. Bercerita tentang jumlah episod, semasa siri ini diumumkan ia akan mempunyai 10 episod yang tersedia dan akan mengadaptasi daripada mula sehinggalah pertarungan bersama Arlong. Bukan setakat itu sahaja, pengarah eksekutif siri itu mengatakan bahawa dia menantikan peminat untuk menonton adegan klasik Nami semasa arc Arlong.

Jadi geng One Piece, anda rasa bila Netflix akan keluarkan trailer live action ini? Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Live Action Series One Piecenetflixone pieceOne Piece Netflix
Previous Post

[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake – 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!

Next Post

Sony mulakan 2023 dengan tambahan stok PlayStation 5, tiada lagi isu bekalan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sony mulakan 2023 dengan tambahan stok PlayStation 5, tiada lagi isu bekalan

Sony mulakan 2023 dengan tambahan stok PlayStation 5, tiada lagi isu bekalan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd