Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri live action Judgment dalam pembikinan, Takuya Kimura jadi bintang utama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri live action Judgment dalam pembikinan, Takuya Kimura jadi bintang utama
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai spin-off berjaya dari siri Yakuza oleh Sega, Judgment dan sekuel terbarunya Lost Judgement telah menarik sambutan yang positif di seluruh dunia. Walaupun khabar angin mengatakan mereka tidak akan menerima sekuel lagi, ada sumber melaporkan yang francais Judgment kemungkinan besar sedang diadaptasikan kepada siri live action.

Maklumat ini berasal daripada Kotaku (melalui Nikkai Gendai, sebuah penerbitan Jepun) yang mendedahkan bahawa siri ini mungkin mendapat adaptasi TV untuk saluran Asahi TV, salah satu rangkaian televisyen paling popular di Jepun. Menurut Kotaku, tajuk tentatif buat masas ini ialah The Unjudged, atau Sabakarezaru di Jepun.Laporan juga menunjukkan yang Takuya Kimura (pelakon suara untuk game) akan sekali lagi akan membintangi watak utama dalam rancangan tersebut.

Bagi mereka yang kurang tahu, Judgment mengisahkan seorang bekas peguam bernama Takayuki Yagami, yang kemudian menjadi penyiasat peribadi di daerah Kamurocho, Tokyo. Pemain harus membantunya menyelesaikan penyiasatan yang berkait dengan tema bunuh diri, sambil turut beraksi seperti Yakuza ala-ala Kazuma Kiryu versi polis. Game Yakuza dan Judgment pula amat terkenal dengan kisah berstruktur episodik, yang ternyata amat sesuai untuk adaptasi live action televisyen.

Judgment boleh didapati sekarang di PlayStation 5, dan Xbox Series X|S sejak 25 Jun 2019, manakala sekuel terbarunya, Lost Judgment, telah dikeluarkan pada 24 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X |S. DLC yang tertumpu kepada rakan baik Yagami, Masaharu Kaito, juga sedang dalam pembangunan, tetapi tiada tarikh rasmi diberikan. Pada masa yang sama, Yakuza 8 juga sedang dalam pembikinan.

Untuk baca segala liputan kami termasuk review tentang kedua-dua game, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Judgmentlive actionsegatakuya kimura
Previous Post

Boruto: Seorang lagi watak penting akan “mati” dalam bab manga terbaru *SPOILER*

Next Post

Mesyuarat Zoom kena hack! Senator Itali dipaksa menonton Porno watak FF7 dan Genshin Impact!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mesyuarat Zoom kena hack! Senator Itali dipaksa menonton Porno watak FF7 dan Genshin Impact!

Mesyuarat Zoom kena hack! Senator Itali dipaksa menonton Porno watak FF7 dan Genshin Impact!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd