Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri baru ‘Netflix Resident Evil’ akan keluar pada 14 Julai 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri baru ‘Netflix Resident Evil’ akan keluar pada 14 Julai 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix telah mengumumkan tarikh keluaran untuk siri Resident Evil baru, yang bakal ditayangkan pada 14 Julai 2022 di mana Season 1 terdiri daripada lapan episod berdurasi 1 jam.

Pengarah ialah Andrew Dabb (Supernatural) dan membintangi Lance Reddick sebagai antagonis Albert Wesker, bersama dengan Ella Balinska, Tamara Smart, Siena Agudong, Adeline Rudolph, Paola Nuñez, Ahad Raza Mir, Connor Gossatti dan Turlough Convery.

Tidak banyak yang didedahkan tentang siri Resident Evil sebelum ini, tetapi Netflix akhirnya telah mengeluarkan sinopsis baharu, serta imej teaser.

evil has evolved. RESIDENT EVIL is coming to Netflix July 14. pic.twitter.com/6uvDsSdRw2

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) March 17, 2022

Tahun 2036 – 14 tahun selepas virus maut menyebabkan kiamat global, Jade Wesker berjuang untuk terus hidup dalam dunia yang ditakluki oleh makhluk yang dijangkiti yang dahagakan darah. Dalam dunia yang huru-hara ini, Jade dihantui oleh masa lalunya di New Raccoon City, disebabkan hubungan bapanya dengan Umbrella Corporation dan kejadian yang berlaku kepada adiknya, Billie.

Siri Resident Evil ini akan menumpukan pada watak baru yang dicipta khusus untuk francais, dan bukannya menampilkan wajah popular, seperti Chris Redfield, Jill Valentine atau Rebecca Chambers. Sebaliknya, Jade dan Billie Wesker – anak yang dicipta oleh penjahat Albert Wesker – akan menjadi watak utama bagi rancangan.

Ini adalah taktik sama yang digunakan untuk francais filem Resident Evil di mana watak Alice lakonan Milla Jovovich dicipta khas untuk filem tersebut manakala watak-watak terkenal lain akan muncul kemudian dalam filem.

Francais Resident Evil telah mengeluarkan pelbagai jenis game sejak pertama kali diperkenalkan, serta enam adaptasi filem. Sebuah filem reboot bernama Resident Evil: Welcome to Raccoon City dikeluarkan pada November 2021, tetapi gagal mendapat sambutan. Selain game dan filem live action, francais Resident Evil juga pernah menghasilkan filem animasi, novel, buku komik dan barangan lain.

Ini menjadikannya sebagai salah satu siri permainan video (dan siri filem) yang paling popular dan terkenal sepanjang zaman. Buat masa sekarang, Resident Evil telah menjana lebih daripada $3 bilion dalam jualan filem dan game.

Sumber: Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixResident Evilsiri
Previous Post

Persona 4 Arena Ultimax sudah tersedia di PS4, Switch dan Steam!

Next Post

The Quarry – Game seram terbaru daripada pembangun Until Dawn!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Quarry – Game seram terbaru daripada pembangun Until Dawn!

The Quarry - Game seram terbaru daripada pembangun Until Dawn!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd