Hampir dua tahun menunggu, akhirnya siri anime Fire Force untuk musim seterusnya telah diumumkan. Melalui akaun Twitter rasmi, didedahkan bahawa Fire Force S3 dalam pembikinan. Buat masa ini masih tiada tarikh rasmi untuk tayangan musim terbaru ini, tetapi kita boleh nantikan pengumuman seterusnya daripada mereka.
Bukan setakat itu sahaja, siri Fire Force juga akan mendapat game mobile terbaru bertajuk Fire Force: Enbu no Sho. Game baru itu bergenre RPG dan akan tersedia untuk peranti iOS dan Android. Seperti game mobile anime yang lain, ia akan percuma dimainkan berserta pembelian dalam game. Game mobile baru Fire Force ini juga dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kepada anda yang tidak tahu mengenai siri ini, ia merupakan sebuah manga yang dihasilkan oleh Atsushi Ohkubo yang juga popular dengan siri lain, Soul Eater. Siri manga Fire Force baru sahaja tamat pada bulan Februari yang lalu. Jadi, berkemungkinan besar adaptasi anime boleh merangkumi semua kandungan manga sehingga penamat. Berikut adalah sinopsis untuk siri anime Fire Force:
Fire Force mengikuti Shinra Kusakabe, seorang budak lelaki dengan senyuman jahat, dan digelar “Devil’s Footprint” kerana mempunyai keupayaan untuk mengubah kakinya menjadi api. Dipulaukan semasa muda dan komited untuk menjadi wira, Shinra menyertai Fire Force, skuad yang berdedikasi untuk menangani Infernal, raksasa yang diatasi dengan api.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post