Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Animasi Mechamato akan meminjam dua pelakon suara hebat dari Jepun untuk watak utama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Animasi Mechamato akan meminjam dua pelakon suara hebat dari Jepun untuk watak utama
Share on FacebookShare on Twitter

Halaman Facebook rasmi BoBoiBoy hari ini mengumumkan pelakon suara untuk watak utama siri animasi Mechamato versi Jepun. Bukan sembarangan orang, dua pelakon suara ini memang terkenal dalam industri dan pernah meminjam suara mereka bagi pelbagai watak daripada anime terkenal.

Berikut adalah kenyataan rasmi tentang pelakon suara Jepun bagi Mechamato:

“Murase Ayumu pelakon suara watak Hinata dalam Haikyuu, Venti dalam Genshin Impact, Kage dalam Ousama Ranking akan membawa watak Amato dalam Bahasa Jepun!”

“Yoshitsugu Matsuoka pelakon suara Inosuke dalam Demon Slayer, Xiao dalam Genshin Impact, Kirito dalam Sword Art Online pula akan membawa watak MechaBot!”

Mechamato dicipta oleh Animonsta Studios yang terkenal dengan siri BoBoiBoy. Siri ini sendiri adalah prekuel tidak langsung untuk BoBoiBoy apabila watak utama, Amato didedahkan sebagai bapa kepada BoBoiBoy, yang berada di bawah Power Sphera Universe.

Siri animasi, bernama “Mechamato: The Animated Series” diumumkan akan disiarkan di Cartoon Network Asia di bawah WarnerMedia untuk rantau Asia-Pasifik. Ia telah ditayangkan pada 4 Disember 2021, dengan episod sneak peek khas pada 6 November 2021. Siri ini akan tersedia di 21 negara dengan alih suara dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Kantonis, Vietnam, Mandarin, Tagalog dan Thai untuk negara masing-masing pada 4 Disember 2021. Untuk bahasa Korea, ia akan tersedia mulai 11 Disember 2021 di Korea Selatan, manakala untuk bahasa Jepun, ia boleh didapati mulai Mac 2022 di Jepun.

Berikut adalah sinopsis:

Seorang remaja muda yang berani dan baik hati, Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang mengandungi robot-robot jahat yang terhempas di Bumi. Salah satu robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengatasi MechaBot dan kini menjadi tuan MechaBot. Sejak itu, MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot-robot jahat.

Sumber – Facebook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiJepunMechamatopelakon suara
Previous Post

Impulse Gaming mengumumkan 2.2 SALE! Harga runtuh kaw-kaw sempena CNY!

Next Post

[Review] Black Shark 4 Pro – Phone gaming yang sememangnya hebat ditemani waifu AI, Shark Chan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa
Temuramah

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa

July 7, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Next Post
[Review] Black Shark 4 Pro – Phone gaming yang sememangnya hebat ditemani waifu AI, Shark Chan!

[Review] Black Shark 4 Pro - Phone gaming yang sememangnya hebat ditemani waifu AI, Shark Chan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd