Selepas harga PS5 diumumkan hari ini, saya tidak sabar untuk mengetahui berita harga di Malaysia. Baru sebentar tadi, harga PS5 di Singapura telah diumumkan. Versi PS5 fizikal akan berharga sekitar 729 SGD (kira-kira RM2218), dan versi digital pula akan berharga 599 SGD (kira-kira RM1822). Yang untungnya ialah pemain Singapura boleh membuat pra-pesanan pada 18 September jam 11 pagi.
Selain itu, SIE juga mengumumkan harga untuk aksesori berikut yang akan dilancarkan bersama konsol PS5:
- DualSense Wireless Controller – S$99.90 (kira-kira RM301)
- PULSE 3D wireless headset – dengan sokongan audio 3D dan mikrofon pembatalan bunyi dua kali ganda – S$149 (kira-kira RM453)
- HD Camera – dengan lensa 1080p berkembar untuk pemain menyiarkan adegan epik mereka – S$89.90 (kira-kira RM273)
- Media Remote – untuk menavigasi filem dan perkhidmatan streaming dengan mudah – S$44.90 (kira-kira RM136)
- DualSense Charging Station – untuk mengecas dua DualSense Wireless Controller dengan mudah – S$44.90 (kira-kira RM136)
Antara permainan video yang dilancarkan bersama PlayStation 5 oleh SIE Worldwide Studios:
- Astro’s Playroom (Japan Studio) – pre-installed di PS5
- Demon’s Souls (Bluepoint Games / Japan Studio) – S$97.90 (kira-kira RM298)
- Destruction All Stars (Lucid Games / XDEV) – S$97.90 (kira-kira RM298)
- Marvel’s Spider-Man: Miles Morales (Insomniac Games) – S$67.90 (kira-kira RM206)
- Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition (Insomniac Games) – S$97.90 (kira-kira RM298)
- Sackboy A Big Adventure (Sumo Digital / XDEV) – S$ 79.90 (kira-kira RM243)
Harapan kita untuk PS5 memang sangat tinggi. Ini lebih-lebih lagi dengan permainan video AAA yang akan menemaninya semasa pelancaran konsol, termasuk Horizon Forbidden West, Gran Turismo 7, Demon’s Souls, Ratchet & Clank: Rift Apart, dan God of War : Ragnarok, serta judul pihak ketiga seperti Final Fantasy XVI, Resident Evil Village, dan Hogwarts Legacy. Sekarang persoalannya adalah bila PS5 akan dikeluarkan di Malaysia? Dan apakah harga rasminya?
Sumber – Geek Culture
@gamersantaimy
Discussion about this post