Sejak dilancarkan pada tahun 2014, The Sims 4 telah menerima beberapa add-on dan kemaskini yang mantap, menjadikannya salah satu permainan yang paling lama berada di EA. Sekarang tidak ada alasan lagi untuk korang tidak memuat turun game ini, kerana ia adalah percuma untuk dimainkan semua!
Mulai hari ini sehinggalah 28 Mei, korang boleh muat turun The Sims 4 standard edition di Origin. Korang tidak memerlukan sebarang langganan seperti Origin Access Basic atau Premier untuk menuntutnya, dan dapat menyimpan game itu buat selama-lamanya.
Untuk menuntut game ini:
- Pergi ke website Origin
- Sign in menggunakan account
- Click pada pautan The Sims 4 dan boleh terus muat turun!
Game ini hanya percuma pada permainan asasnya sahaja dan tidak didatangkan dengan DLC seperti Sims 4: Seaons atau Sims 4: Get Famous, tetapi ia masih mempunyai banyak perkara untuk dilakukan! Siapa tak suka barang percuma? Jom muat turun sekarang!
Sumber: Origin
@gamersantaimy
Discussion about this post