Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill: Ascension Sudah Mula Ditayang! Info Penuh Stream!

Maira by Maira
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Silent Hill: Ascension Sudah Mula Ditayang! Info Penuh Stream!

Sumber: Genvid Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Genvid Entertainment telah pun mulakan stream interactive Silent Hill: Ascension! Anda yang ingin mengikuti stream siri tersebut, ia tersedia melalui browser PC, Android dan iOS. Episod akan ditayangkan pada setiap hari, di mana penonton daripada seluruh dunia boleh membuat pilihan yang akan mempengaruhi jalan cerita Silent Hill Ascension. Jom kami terangkan cara-cara untuk anda terlibat dalam pengalaman seram baharu ini!

Silent Hill Ascension
Sumber: Genvid Entertainment

Tayangan perdana

Anda boleh layari laman web rasmi ataupun muat turun aplikasi Silent Hill: Ascension pada peranti mobile anda melalui Google Play atau App Store. Setelah itu, anda perlu membuat akaun baharu secara percuma. Untuk pengetahuan anda, pilihan pertama telah pun tersedia dan ia akan memberi kesan kepada adegan pertama live stream.

The Essentials

Sebelum bermula, anda akan disajikan dengan tayangan Silent Hill: Ascension – The Essentials, di mana anda akan memulakan tutorial siri. Video ini akan menunjukkan kepada pemain bagaimana untuk membuat pilihan setiap hari dan memberi impak kepada cerita melalui puzzle dan elemen lain. Semua pilihan jawapan tersedia untuk 24 jam, jadi pemain daripada seluruh dunia boleh sertainya setiap hari tanpa berada semasa live.

Selepas tayangan

Anda boleh menonton stream tersebut pada bila-bila masa serta menyelesaikan puzzle dan sertai dalam membuat pilihan kepada cerita. Sudah tentu anda juga boleh sertai live stream pada jam 9 pagi setiap hari untuk melihat adegan baharu!

Silent Hill Ascension
Sumber: Genvid Entertainment

Silent Hill: Ascension merupakan pengalaman seram percuma malah peminat boleh menyesuaikan penampilan mereka, leaderboard dan kameo istimewa dalam rancangan itu sendiri. Akan ada pertandingan kameo setiap hari di dalam aplikasi di mana pemenang akan mempunyai watak yang mereka buat muncul dalam sequence sinematik atau adegan aksi interaktif.

Sumber: Genvid Entertainment

Kedai

Terdapat kedai yang tersedia untuk penonton beli pelbagai item untuk customization watak mahupun kandungan lain. Untuk peminat awal, terdapat Founder’s Pack yang tersedia sehingga 14 November. Antara item yang tersedia adalah:

  • Ikon Founder
  • Frame Founder
  • Frame, Emoji dan Sticker bertema eksklusif
Silent Hill Ascension
Sumber: Genvid Entertainment

Selain itu, terdapat juga Season Pass yang mempunyai lebih 100 tier ganjaran dan Influence Point (mata wang game) termasuklah kosmetik eksklusif tambahan. Season Pass ini kekal sepanjang musim Silent Hill: Ascension atau enam bulan kandungan.

Sumber: Genvid Entertainment

Founder’s Pack dan Season Pass, masing-masing dijual pada harga RM 99.99.

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan pengalaman seram ini sekarang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Silent Hill daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genvid EntertainmentSilent Hill: Ascension
ShareTweetSend
Previous Post

Review Mortal Kombat 1 – Permulaan Baharu Francais, Tampil Watak-watak Klasik!

Next Post

Xbox Game Pass November 2023 Tambah Wild Hearts, Like a Dragon Gaiden dan Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Xbox Game Pass November 2023 Tambah Wild Hearts, Like a Dragon Gaiden dan Banyak Lagi!

Xbox Game Pass November 2023 Tambah Wild Hearts, Like a Dragon Gaiden dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd