Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sihat & Cergas Bersama ‘Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller’ untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Muzik, Nintendo Switch
0 0
0
Sihat & Cergas Bersama ‘Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller’ untuk Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan aksesori “Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller” khas untuk pemain Nintendo Switch” bagi siri Taiko no Tatsujin yang popular. Produk ini akan tersedia untuk pre-order mulai semalam, 31 Oktober 2023 bagi sesiapa yang berminat.

Kredit: Nintendo

Secara am, aksesori Drumstick ini menggantikan Joy-Con, dan membolehkan pemain bermain game menggunakan ciri Motion Control. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi pemberat boleh laras yang boleh dijadikan sebagai senaman oleh para pemain. Teknologi Drumming Sensation Units pula meniru perasaan benar-benar memukul drum Taiko Jepun dan pemain boleh customize drumstick mengikut apa yang anda suka!

Kredit: Nintendo

Pada masa yang sama, beberapa bonus pembelian turut disertakan termasuk kod untuk lagu tambahan, Supernova Girl / “DON DON Fitness” Theme Song”, dan outfit Drumsticks Controller Style.

Game mode baharu berjudul “DON DON Fitness”, yang serasi dengan Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller, juga akan tersedia pada Musim Sejuk ini untuk Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival. DON DON Fitness berbeza daripada mode Taiko tradisional, kerana nota muzik akan muncul secara besar di atas skrin.

Kredit: Nintendo

Bayangkan gendang Taiko Jepun di hadapan, dan anda perlu memukul nota muzik dengan mengayunkan Joy-Con apabila nota bertindih dengan 4 sasaran!​ Anda boleh mendapat markah lebih tinggi jika mengayunkan controller dalam hayunan yang lebih besar. Gerakkan badan dan sasarkan skor tinggi!

Kredit: Nintendo

Bagi mereka yang tidak tahu, Taiko no Tatsujin: Rhythm Festival ialah entri terkini dalam francais. Base game merangkumi 76 lagu, manakala lebih daripada 500 lagu tambahan boleh diakses melalui perkhidmatan langganan “Taiko Music Pass”.

Mode baharu termasuk “DON-chan Band”, di mana pemain bekerjasama untuk mempersembahkan lagu bersama-sama, “Great Drum Toy War”, di mana pemain bersaing memainkan lagu sambil menyerang antara satu sama lain, dan “Run! Ninja Dojo” , tambahan selepas pelancaran, di mana pemain bersaing untuk mengalahkan lagu dengan mata terbanyak, sambil menghadapi pelbagai bahaya.


Dapatkan segala berita kami tentang francais Taiko no Tatsujin di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchTaiko no Tatsujin Drumsticks Controller
ShareTweetSend
Previous Post

‘NVIDIA 2023 ROAP iCafe Discovery Program’ Akan Memperkasakan Kafe Siber Di Malaysia!

Next Post

Taiko no Tatsujin RHYTHM CONNECT Sudah Keluar Tapi Bukan di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Taiko no Tatsujin RHYTHM CONNECT Sudah Keluar Tapi Bukan di Malaysia!

Taiko no Tatsujin RHYTHM CONNECT Sudah Keluar Tapi Bukan di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd