Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah Soul King? Kisah “Tuhan Sebenar” di dalam dunia Bleach!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Siapakah Soul King? Kisah “Tuhan Sebenar” di dalam dunia Bleach!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam siri manga/anime Bleach, ramai yang memikir para Shinigami dari Soul Society adalah satu-satunya pihak yang mengekalkan keseimbangan antara alam. Walau bagaimanapun, ternyata ada orang yang lagi atas daripada mereka… Ternyata, Soul King adalah orang paling penting sekali dan boleh dianggap sebagai “tuhan sebenar” dalam cerita Bleach.

Di sini, saya akan menjelaskan tentang identiti sebenar “Soul King” dan peranannya dalam kisah Bleach. Berikut adalah rumusan padat saya tentang Soul King:

Identiti

Soul King

Secara ringkas, Soul King (aka Reiō dalam bahasa Jepun) ialah pencipta dunia Soul Society, dunia Manusia dan dunia Hueco Mundo di mana tanggungjawab utamanya adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara ketiga-tiga dunia. Dikenali sebagai tuhan yang sangat bermisteri, tidak banyak yang diketahui tentang Soul King, malah watak seperti Hyosube Ichibe (ketua Skuad 0) dan Yhwach pun tidak tahu asal usul sebenarnya.

Soul King dalam anime

Daripada segi rupa, Soul King kelihatan seperti seorang manusia, dengan rambut gelap yang disekat belakang, dan kening yang nipis. Apa yang unik adalah matanya; dia mempunyai sebanyak empat iris hitam dan tidak mempunyai sebarang tangan atau kaki. Bahagian itu akan dijelaskan di bawah. Semasa mula-mula diperkenalkan, Soul King dikurung dalam perintang (barrier) yang digantung oleh empat wayar di dalam bilik besar seolah-olah seperti dia diseksa.

Asal-usul

Pada lebih sejuta tahun dahulu, sejenis makhluk yang kemudian dikenali sebagai Soul King muncul daripada dunia purba yang ditakluki oleh Hollow. Untuk melindungi penduduk asal di dunia itu, Soul King membunuh semua Hollow yang ingin mendatangkan bahaya. Bagaimanapun, tindakan itu mula mengacau kestabilan antara dunia.

Risau akan apa yang terjadi, lima makhluk berkuasa pada zaman itu memutuskan untuk bekerjasama demi memperbaiki segala-galanya. Atas sebab-sebab yang tidak diberitahu, mereka mengurung Soul King di dalam kristal dan menggunakan kuasanya untuk membahagikan dunia kepada tiga alam baharu iaitu: Soul Society, Hueco Mundo, dan dunia Manusia. Dalam proses, mereka mencipta kitaran hidup dan mati.

Walaupun Soul King redha dan tidak memberi tentangan semasa dikurung, kelima-lima makhluk itu masih takut dengan kuasanya, maka mereka mencabut tangan kanan dan tangan kiri, mencabut jantungnya, membiarkan kakinya mereput, dan sengaja membuang organnya. Dalam keadaan yang menyeksakan antara hidup dan mati, Soul King terpaksa melalui setiap hari dalam keadaan begini selama berjuta-juta tahun.

Kuasa terlalu hebat, mampu pecahkan alam realiti

Hollow tahap Menos

Selaku pengasas kepada puak Quincy, Shinigami, dan Fullbringer, Soul King terbukti sangat berkuasa; malah Ichibe mengakui bahawa dia adalah makhluk yang tiada tandingan. Salah satu bukti adalah kuasa Soul King membolehkannya menewaskan beratus-ratus Hollow kelas Menos (campuran beratus-ratus Hollow biasa untuk menghasilkan satu entiti dengan kekuatan berlipat kali ganda) dengan mudah, dalam sekelip mata.

Satu lagi kuasa Soul King adalah dia dapat melihat ke masa hadapan. Ichibe membuat spekulasi bahawa Soul King sebenarnya telah meramalkan segala-galanya yang berlaku sehingga saat kematiannya dan redha dengan takdir hidupnya.

Semasa dikurung, Soul King dijelaskan sebagai makhluk yang wujud dalam keadaan antara hidup dan mati. Disebabkan ini, Soul King tidak boleh mati walaupun badannya dicacatkan oleh lima makhluk kuat semasa zaman purba. Selepas Yhwach menyerap sebahagian daripada badan Soul King dan kemudian dipotong oleh Kurosaki Ichigo, Soul King masih hidup dan cukup kuat untuk mengekalkan keseimbangan antara tiga dunia.

Ke mana pergi bahagian badan yang hilang?

Apabila badan Soul King dikerat oleh “lima individu berkuasa”, kebanyakan bahagian tubuhnya dipisahkan di merata lokasi di ketiga-tiga alam. Ada yang kemudian dipecahkan ke bahagian yang lebih kecil (dipanggil sebagai “kuku”) di dunia Manusia, dan memberikan kuasa kepada individu untuk menjadi Fullbringer; manakala bahagian tubuh lain yang lebih besar berjaya mendapat kesedaran sendiri.

  • Tangan kanan Soul King
  • Tangan kiri Soul King
  • Tangan kanan Soul King – Dijumpai di Soul Society di mana ia disembah sebagai dewa di Rukongai. Bahagian badan ini boleh menghalang apa-apa yang cuba berubah atau berkembang daripada berlaku.
  • Tangan kiri Soul King – Dijumpai di Soul Society tetapi kembali ke tangan Quincy dan digunakan oleh Yhwach. Abilitinya adalah untuk menguatkan diri dan orang lain melalui evolusi yang dipercepatkan.
  • Jantung Soul King – Kembali ke tangan Quincy dan dihadiahkan kepada Sternritter Gerard Valkyrie. Abiliti jantung adalah untuk memanifestasikan “keajaiban/mukjizat” dengan merealisasikan pemikiran, perasaan, dan keinginan pengguna dan orang di sekeliling.
  • “Kuku” Soul King – Pelbagai serpihan kecil milik Soul King telah dijumpai oleh manusia, lalu mengubah mereka menjadi Fullbringer. Kebanyakan “kuku” ini dikumpulkan dan digunakan oleh Aizen Sosuke untuk menguatkan lagi Hogyoku-nya yang tidak lengkap.
Sternritter Gerard Valkyrie yang memegang jantung Soul King

Maka, itulah ringkas padat saya tentang Soul King, raja di dalam cerita Bleach. Apa pendapat anda? Mengapa dia tidak ingin campur tangan dalam hal manusia? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Bleach, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachmangaSoul King
Previous Post

Akhirnya Oda jelaskan tentang misteri ayah Zoro, bukan daripada Wano!

Next Post

SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!

SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd