Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah Namikaze Minato? Biodata Hokage ke-4 dan ayah Naruto!

safwan by safwan
July 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Siapakah Namikaze Minato? Biodata Hokage ke-4 dan ayah Naruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Naruto merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi dan hampir semua orang kenal dia walaupun tidak menonton anime atau membaca manga. Walaupun begitu, tidak semua orang kenal bapanya iaitu Namikaze Minato kerana dia telah mati dan tidak ditampilkan dengan banyak dalam siri Naruto.

Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit pengenalan kepada anda mengenai Minato. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kenali Namikaze Minato.

Kehidupan Minato

Tidak banyak yang kita tahu tentang kehidupan Minato sebelum masuk ke akademik. Walaupun begitu, semasa dia memasuki akademik, dia mempunyai impian untuk menjadi seorang Hokage pada suatu hari nanti dan kisahnya bermula selepas dia tamat belajar daripada akademik.

Selepas tamat daripada akademik, dia diletakkan di bawah Jiraiya salah seorang daripada tiga sannin legenda. Selepas mengetahui Minato adalah seorang genius, dia terus nampak potensi yang tinggi dalam diri Minato. Oleh itu, Jiraiya mengajar banyak jutsu kepadanya dan menyebabkan Jiraiya percaya bahawa dia adalah anak “prophecy” yang akan menyelamatkan dunia.

Selepas Minato tamat belajar dan raih gelaran ninja, Kushina diculik oleh beberapa orang ninja. Dia menjejak Kushina dengan mengikut rambut merah yang digugurkannya dan menyelamatkannya tanpa bantuan shinobi lain. Kemudian Kushina jatuh cinta dengannya dan akhirnya berkahwin.

Minato adalah orang yang mencipta dan menguasai jutsu kelas S iaitu Rasengan. Lalu, dia ditugaskan untuk membimbing anak muridnya iaitu Nohara Rin, Uchiha Obito dan Hatake Kakashi. Selepas itu, dia dipanggil untuk berkhidmat semasa perang Ninja ketiga. Jadi, dia tidak banyak memberikan perhatian kepada anak muridnya. Semasa Minato berkhidmat dan memberikan sumbangan terbesar dalam peperangan tersebut, dia telah kehilangan 2 anak muridnya iaitu Rin dan Obito.

Selepas memberikan sumbangan terbesar dalam perang ninja ketiga, Minato dilantik sebagai Hokage seterusnya. Tidak lama selepas itu, Kushina mengandung dan bersalin. Disebabkan musang berekor sembilan Kurama ada dalam dirinya, dia berada dalam keadaan paling lemah semasa bersalin di mana ia akan memecahkan “seal” musang tersebut.

Terdapat seorang ninja muncul yang dikenali sebagai Tobi mengambil kesempatan itu untuk menyerang mereka dan Kampung Konoha. Minato terpaksa mengambil tindakan untuk melindungi Konoha dan mengalahkan ninja tadi.

Selepas selesai mengalah Tobi, dia “teleport” ke Musang berekor sembilan dan mengorbankan dirinya untuk memasukkan Kurama dalam anaknya yang baru dilahirkan. Dalam masa yang sama, Kushina juga menyertainya dan sekali gus meninggalkan anaknya Naruto yatim piatu.

Ability Minato

Memandangkan Minato seorang shinobi hebat, sudah pasti ramai shinobi yang menjadikannya seorang idola. Semasa perang ninja ketiga, ramai shinobi mendapat arahan untuk melarikan diri jika terserempak dengan Minato dan secara tidak langsung dia dikenali oleh ramai shinobi kerana kebolehannya sebagai seorang ninja.

Seperti yang kita tahu, dia mempunyai banyak ability termasuk “Rasengan, Space-time ninjutsu, Sealing jutsu” dan “Shuriken jutsu”. Tidak lupa juga semasa dia di bawah arahan Jiraiya, Minato banyak berlatih dan mengetahui banyak ninjutsu Jiraiya. Jadi, apa yang ditunjukkan dalam anime dan manga masih tidak cukup.

Yang membuat ramai shinobi mengenalnya adalah melalui kepantasan Minato yang luar biasa sehingga membolehkan dia teleport. Tanpa menggunakan jutsu, dia sudah mempunyai kelajuan yang luar biasa dan mampu mengelak serangan musuh dengan sekelip mata sahaja.


Setakat ini, itu sahaja maklumat yang kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan bapa Naruto Namikaze Minato. Dia telah dikenali sebagai shinobi paling hebat dalam sejarah Naruto. Apa perkara yang paling anda minati tentang Mianto? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Naruto, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Namikaze Minatonarutonaruto shippuden
Previous Post

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves dedahkan trailer rasmi, Akan ditayangkan 2 Mac 2023!

Next Post

Eroica – Game turn-based RPG mobile terbaru sudah boleh pra-daftar sekarang!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Eroica – Game turn-based RPG mobile terbaru sudah boleh pra-daftar sekarang!

Eroica - Game turn-based RPG mobile terbaru sudah boleh pra-daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd