Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah Black Panther baru? Biodata lengkap adik T’challa, Shuri!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 7, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Movie/siri
0 0
0
Siapakah Black Panther baru? Biodata lengkap adik T’challa, Shuri!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan filem Black Panther: Wakanda Forever akan tiba tidak lama lagi di pawagam Malaysia, jadi kami ingin kongsikan serba sedikit kepada anda tentang biodata Shuri dan perkara yang anda perlu tahu sebelum menonton filem ini. Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 10 November 2022.

Filem ini akan dibintangi oleh Letitia Wright sebagai Princess Shuri atau Black Panther terbaru. Ia mengisahkan tentang selepas kematian Raja T’challa dan pergaduhan di antara rakyat Wakanda dan Talocan, Empayar Namor. Berikut adalah sinopsis penuh tentang filem ini:

Ratu Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye dan Dora Milaje berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia selepas kematian Raja T’Challa. Ketika Wakandan berusaha untuk merangkul bab seterusnya, para wira mesti bersatu dengan bantuan Nakia dan Everett Ross dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda.

Siapakah Shuri?

Shuri dikatakan salah seorang watak yang bijak di dalam dunia dan dia adalah adik perempuan kepada Raja T’challa. Ini menjadikan dia sebagai Puteri Wakanda dan dia juga merupakan ketua kepada Wakandan Design Group di mana dia bertanggungjawab ke atas terhadap semua inovasi teknologi Wakanda. Shuri seperti Tony Stark, dia merupakan seorang pencipta dan bukannya seorang hero ataupun pahlawan.

Shuri seorang peminat besar budaya Amerika, banyak ciptaannya diinspirasikan berdasarkan filem yang dia tonton bersama bapanya. Dia juga sering memakai pakaian gaya Amerika, seperti t-shirt berjenama, seluar jeans dan seluar pendek yang sangat berbeza dengan pakaian tradisional orang Wakanda yang lain. Shuri juga tidak menyukai pakaian istiadat tradisional, pernah mengadu tentang korset yang perlu dipakainya semasa upacara pertabalan T’Challa. Dia juga sangat berminat dengan media sosial, merakam T’challa semasa menguji sut baru dan memetik meme internet kepadanya.

Kuasa

Walaupun dia tidak mempunyai superpower yang luar biasa, Shuri sangat pintar dan bakat saintifiknya hampir tiada tandingannya. Kita boleh lihat semasa Avengers: Infinity War, Shuri ditugaskan untuk mengeluarkan Mind Stone daripada kepala Vision dan bukannya menjadi pahlawan di barisan hadapan.

Vibranium Gauntlet

Shuri mencipta sarung tangan sendiri di mana sarung tangan ini direka bentuk untuk kelihatan seperti kepala harimau kumbang dengan tenaga yang keluar dari mulut seperti raungan harimau kumbang. Dengan menggunakan Vibranium Gauntlet, Shuri boleh menembak letupan tenaga sonik yang cukup kuat untuk menundukkan Killmonger.

Intelek tahap genius

Shuri sangat bijak walaupun masih muda. Kecerdasannya menunjukkan dia sebagai salah seorang manusia paling bijak di dunia, menjadikan dia orang yang bertanggungjawab ke atas Wakandan Design Group dan mencipta beberapa teknologi canggih Wakanda yang terkini.

Saintis terunggul

Shuri ialah seorang saintis yang luar biasa, menjadi ketua bahagian sains Wakanda, dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, fizik, kimia, perubatan dan pengaturcaraan komputer. Beberapa cirinya yang paling mengagumkan ialah menyelamatkan Everett Ross daripada kecederaan yang boleh menyebabkan dia lumpuh dalam masa beberapa jam, dapat membuang memori “Winter Soldier” daripada Bucky Barnes, dan menghasilkan kaedah untuk mengeluarkan Mind Stone tanpa membahayakan nyawa Vision.


Setakat ini, itu sahaja yang boleh kami kongsikan kepada anda tentang biodata Shuri. Harap dapat membantu anda untuk tonton filem Black Panther: Wakanda Forever 10 November 2022 nanti dan dapat menambah sedikit pengetahuan tentang Black Panther baru ini. Boleh tempah tiket anda melalui laman web rasmi GSC dan TGV.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Panther: Wakanda ForeverMarvelShuri
Previous Post

Giveaway Persona 5 Royal — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Next Post

“Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2” – Bak kata Shroud!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2” – Bak kata Shroud!

"Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2" - Bak kata Shroud!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd