Memandangkan filem Black Adam bakal tiba tidak lama lagi di pawagam Malaysia, kami ingin kongsikan serba sedikit tentang biodata dan sudah pasti apa yang perlu anda tahu sebelum menonton filem ini. Black Adam akan mulakan tayangan di seluruh Malaysia pada 20 Oktober 2022.

Sebelum pergi lebih jauh, filem ini akan dibintangi oleh Dwayne “The Rock” Johnson sebagai Black Adam. Ia mengisahkan tentang seorang anti-hero yang melarikan diri dari penjara selepas 5,000 tahun. Berikut adalah sinopsis penuh tentang filem ini:
Di Kahndaq purba, Black Adam dianugerahkan kuasa para “Dewa”. Selepas menggunakan kuasa ini untuk membalas dendam, dia dipenjarakan dan menjadi Black Adam. Hampir 5,000 tahun berlalu dan Black Adam berubah daripada manusia, kepada mitos, kepada legenda.
Kini dilepaskan dalam bentuk “keadilan” unik yang lahir daripada kemarahan, dia dicabar oleh wira moden Justice Society yang terdiri daripada: Hawkman, Dr. Fate, Atom Smasher dan Cyclone.
Siapa Black Adam?

Nama asal Black Adam ialah Teth-Adam atau “Mighty Adam”. Dia merupakan anak kepada Pharaoh Ramses II dan dilahirkan pada 11 September 1279 Sebelum Masihi di Kahndaq. Semasa Teth-Adam membesar, dia banyak membuat kebaikan sehingga dapat mengagumkan salah seorang “high priest” iaitu Wizard Shazam. Lalu dia menganggap yang Teth-Adam ialah pengganti yang sempurna dan menjiwai kuasanya.
Kuasa

Sama seperti kuasa Shazam yang terdiri daripada “Greek God”, Black Adam mendapatkan kuasanya daripada “Egyptian God” yang terdiri daripada 6 God iaitu Shu, Hershef (Heru), Amon, Zehuti, Anpu (Aton) dan Menthu(Mehen). Berikut adalah serba sedikit tentang kuasa yang dimiliki oleh Black Adam:

Stamina of Shu (S)
Menggunakan stamina Shu yang hampir tidak terhad, Black Adam boleh bertahan dalam kebanyakan jenis serangan fizikal yang sangat kuat. Dengan menggunakan kuasa ini, dia boleh bertahan tanpa perlu makan, tidur, atau bernafas dan boleh bertahan tanpa bantuan di angkasa. Kuasa ini juga menjadikan seorang yang abadi dan tidak akan mati.
Swiftness of Heru (H)
Menggunakan kuasa Heru, Black Adam boleh bergerak pada kelajuan sub-cahaya di orbit. Di angkasa lepas, Black Adam boleh terbang pada kelajuan trans-cahaya, manakala di Bumi dia telah digambarkan berlari pada Mach 500 maksimum. Dia dapat memberikan kelajuannya kepada Golden Age Flash, berlari pada kelajuan yang luar biasa bersamanya.

Strength of Amon (A)
Black Adam mempunyai tahap kekuatan super yang luar biasa. Mampu membengkokkan besi dengan mudah, menumbuk dinding, menghasilkan gelombang yang kuat dengan tepuk tangan dan mengangkat objek besar. Kekuatan Adam secara amnya digambarkan berada pada tahap yang sama dengan Superman dan Captain Marvel (Shazam).
Knowledge of Zehuti (Z)
Black Adam mempunyai akses laju kepada tahap pengetahuan ilmiah yang luas dan membolehkannya mengetahui pelbagai bahasa. Kebijaksanaan Zehuti juga memberikan dia nasihat pada masa yang diperlukan.

Power of Aton (A)
Kuasa terbang Black Adam datang daripada Aton. Ia boleh memanggil kilat untuk mengubah Adam lalu mengingatkan lagi kebolehan fizikalnya yang luar biasa. Kuasa Aton juga memberikan “magic resistance” terhadap sejumlah besar mantra sihir dan serangan. Ia juga membolehkan dia mengembara ke Rock of Eternity sekali gus membenarkan perjalanan interdimensi dan masa.
Courage of Mehen (M)
Kuasa yang diberikan oleh Mehen mengetengahkan psikologi dan rohani. Keberanian Mehen membolehkan Black Adam mendapat kekuatan dalaman, kemahuan, disiplin dan keazaman untuk digunakan semasa putus asa dan mungkin skill bertarung yang hebat.
Setakat ini, itu sahaja yang boleh kami kongsikan kepada korang tentang biodata Black Adam. Harap dapat membantu korang yang nak layan filem Black Adam 20 Oktober 2022 nanti atau tambah sedikit pengetahuan tentang anti-hero ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
(Update) Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca review filem Black Adam daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post