Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapa Dar-Benn dalam The Marvels? Kenali Perbezaan antara Komik dan Filem!

Maira by Maira
November 3, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem
0 0
0
Siapa Dar-Benn dalam The Marvels? Kenali Perbezaan antara Komik dan Filem!

Sumber: Marvel

Share on FacebookShare on Twitter

Filem The Marvels akan ditayangkan tidak lama lagi. Tetapi jarang kita mendengar tentang antagonisnya Dar-Benn. Bukan sahaja antagonis itu berlainan daripada versi komik, tetapi dia juga mempunyai dendam terhadap Captain Marvel. Jadi jom kita lihat sedikit sebanyak mengenai Dar-Benn daripada kedua-dua versi ini.

Versi komik

Sumber: Marvel

Antagonis ini diperkenalkan buat kali pertama pada 1991 dalam Operation: Galactic Storm, isu 53 Silver Surfer. Dia merupakan seorang jeneral Kree Empire yang menjadi salah seorang pemerintah empayar setelah bekerjasama dengan Ael-Dann membunuh ketua mereka, Clumsy Foulup. Tetapi pemerintahnya tidaklah begitu lama.

Dar-Benn agak angkuh dan menganggap dirinya lebih baik berbanding pemerintah Kree terdahulu. Dia percaya bahawa pemerintah dahulu perlu dimusnahkan kerana mereka lemah. Tetapi perjumpaan dengan Deathbird atau Cal’syee Neramani mengubahnya. Deathbird telah pun membunuh kedua-dua Dar-Benn dan Ael-Dann, lalu memerintah Kree selepas itu.

Sekejap sahaja penampilan Dar-Benn dalam komik. Jadi tidak peliklah jika tidak ramai mengenali antagonis ini.

Versi The Marvels

Sumber: Marvel

Berbeza dengan versi komiknya, Dar-Benn dalam The Marvels merupakan seorang wanita malah mempunyai hammer yang sama digunakan oleh Ronan the Accuser. Dia nampaknya mempunyai dendam dengan Carol Danvers kerana menurutnya Carol menjadi punca kepada kemusnahan penguasaan Kree terhadap galaksi. Dia juga nampaknya ingin menubuhkan semula Kree Empire yang baharu.

Memandangkan Dar-Benn ini variasi yang baharu, tidak sabar untuk lihat bagaimana Marvel Studios akan kembangkan antagonis ini. Tayangan The Marvels tersedia di pawagam seawal 8 November 2023. Tiket juga sudah tersedia.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Captain MarvelDar-BennThe Marvels
ShareTweetSend
Previous Post

Black Shark Malaysia Hadirkan Promosi 11/11 Sales Event! Dapatkan TWS, Smartwatch Dengan Harga Berbaloi!

Next Post

Honkai: Star Rail Version 1.5 Akan Keluar Pada 15 November 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Honkai: Star Rail Version 1.5 Akan Keluar Pada 15 November 2023!

Honkai: Star Rail Version 1.5 Akan Keluar Pada 15 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd