Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shuhei Yoshida Tinggalkan Sony Interactive Entertainment Selepas 31 Tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2024
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Shuhei Yoshida Tinggalkan Sony Interactive Entertainment Selepas 31 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih 30 tahun membentuk industri gaming, Shuhei Yoshida, ketua inisiatif indie Sony Interactive Entertainment (SIE), telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan syarikat tersebut.

Yoshida, seorang tokoh penting dalam pembangunan jenama PlayStation, akan secara rasmi berundur pada 15 Januari 2025, mengakhiri kerjaya selama 31 tahun yang penuh pencapaian bersama jenama gergasi ini.

Shuhei Yoshida joins a special episode of PlayStation Podcast!

Learn about his 31-year career at PlayStation and his favorite PlayStation games of all time: https://t.co/Bs7GPx6R3D pic.twitter.com/LqETXf3F3g

— PlayStation (@PlayStation) November 27, 2024

Yoshida mula menyertai Sony Interactive Entertainment, yang ketika itu dikenali sebagai Sony Computer Entertainment, pada tahun 1993, ketika jenama PlayStation baru sahaja diperkenalkan di bawah visi Ken Kutaragi. Dalam satu wawancara bersama Official PlayStation Podcast, Yoshida mengimbas kembali detik-detik awalnya:

“Ketika syarikat itu ditubuhkan sebagai usaha sama, kami mengadakan majlis dan semua orang berada di satu bilik di hotel [ketawa]. Saya ingat kami cuma ada kira-kira 80 orang. Kami sangat kecil.”

Kutaragi-san was super happy accepting Lifetime Achievement Award at GDC. w/Mark Cerny, Shawn Layden & Riley Russell. pic.twitter.com/XHgXo0UNLE

— Shuhei Yoshida (@yosp) March 22, 2014

Pada peringkat awal, Yoshida bertanggungjawab membina hubungan dengan penerbit dan pembangun di Jepun, menggalakkan mereka menghasilkan game untuk PlayStation original.

Kariernya berkembang pesat seiring kejayaan PlayStation, sehingga beliau dilantik sebagai Presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios, kini dikenali sebagai PlayStation Studios.

Pada tahun 2019, Yoshida memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden PlayStation Studios bagi menerajui inisiatif game indie Sony. Beliau jelas menunjukkan minat mendalam terhadap projek-projek kecil yang inovatif, sering memberi sokongan kepada pembangun indie.

“Ketika saya menguruskan [PlayStation Studios] dan bekerjasama dengan studio besar, membuat game AAA memang hebat. Namun, bila saya pergi ke acara seperti E3 atau Gamescom, saya selalu ke bahagian game indie. Saya menemui game yang saya suka, dan selalunya pembangun berada di situ untuk menunjukkannya. Jadi saya ambil gambar bersama pembangun itu, cuba membantu mempromosikan game mereka.”

Yoshida sebagai watak boleh dimainkan dalam Super Time Force Ultra | Kredit: SIE

Menjelaskan keputusannya untuk berundur, Yoshida berkata:

“Saya bersama PlayStation sejak awal, dan ini adalah tahun ke-31 saya bersama PlayStation. Bila saya capai 30 tahun, saya rasa mungkin sudah tiba masanya untuk bergerak ke depan. Syarikat ini sedang berada dalam keadaan yang baik. Saya suka PlayStation 5, saya suka game yang dilancarkan di platform ini, dan kami mempunyai generasi pengurusan baharu yang saya hormati dan kagumi. PlayStation berada dalam tangan yang sangat baik. Saya fikir, inilah masanya.”

Walaupun belum merancang langkah seterusnya, Yoshida tetap bersemangat untuk menyumbang kepada industri gaming, terutamanya dalam menyokong pembangun indie.

“Saya ingin terus membantu pembangun indie atau penerbit indie jika mereka memerlukan saya. Jadi mungkin saya akan terus membantu pasukan indie yang berbakat dan kreatif pada masa hadapan.”

No, I’d like to stay in the industry 🙂

— Shuhei Yoshida (@yosp) November 27, 2024

Dalam masa terdekat, Yoshida telah mengesahkan kehadirannya di beberapa acara penting, termasuk The Game Awards pada Disember, Taipei Game Show pada Januari, dan DICE Summit pada Februari, di mana beliau menjadi ahli lembaga.

Pemergian Shuhei Yoshida menandakan berakhirnya satu era bagi Sony dan jenama PlayStation. Bermula daripada pasukan kecil, kemudian memimpin studio global dan menjadi pelindung kepada pembangun indie, Yoshida meninggalkan legasi penuh inovasi, dedikasi, dan semangat terhadap dunia permainan video.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationShuhei YoshidaSony Interactive Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

League of Legends SEA Server Akan Digabungkan Pada Awal 2025!

Next Post

MSI Melancarkan Barisan Laptop Copilot+ “Prestige” Baharu Di Malaysia – Harga Bermula RM6,599!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
MSI Melancarkan Barisan Laptop Copilot+ “Prestige” Baharu Di Malaysia – Harga Bermula RM6,599!

MSI Melancarkan Barisan Laptop Copilot+ "Prestige" Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM6,599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd