Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2025
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA baru-baru ini melancarkan siri video di sebalik tabir untuk SHINOBI: Art of Vengeance, sebuah game 2D action platformer menawan, yang akan dilancarkan pada 29 Ogos 2025 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan Steam.

Dibangunkan dengan kerjasama studio Paris, Lizardcube—yang terkenal dengan kejayaan Streets of Rage 4—bab terbaharu dalam siri ikonik SHINOBI ini menjanjikan pengalaman aksi ninja yang autentik dengan gaya visual lukisan tangan.

Siri video ini membawa peminat ke belakang tabir proses penghasilan game, dengan episod pertama yang kini boleh ditonton di YouTube.

Dipimpin oleh Ben Fiquet, Pengarah Seni/Kreatif dan CEO Lizardcube, yang juga seorang artis komik dan animator 2D terkenal, pasukan ini berkongsi bagaimana SHINOBI: Art of Vengeance dibangunkan, termasuk visual seni teliti yang memberi nyawa kepada kisah ninja ini.

Dalam SHINOBI: Art of Vengeance, pemain akan mengawal Joe Musashi, seorang ninja legenda yang memburu dendam. Selepas kampungnya dibakar hingga musnah dan klannya berubah menjadi batu, Musashi perlu menghadapi kuasa jahat yang dahsyat.

Pemain akan diuji dengan pelbagai peringkat mencabar, menumpaskan musuh menggunakan kombinasi serangan dinamik, serta menguasai seni pertempuran ninja.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mengikuti perjalanan Joe Musashi, pra-pesanan SHINOBI: Art of Vengeance kini dibuka dengan diskaun 10% sebelum 29 Ogos 2025.

Namun, diskaun di PlayStation Store hanya tersedia untuk pelanggan PlayStation Plus, manakala pra-pesanan versi digital Nintendo Switch akan dibuka kemudian. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SHINOBI: Art of Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe
Berita

DC Worlds Collide – Mobile Squad RPG Baru Dalam DC Universe

May 16, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd