Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Ultraman [Review Tanpa Spoiler] — Kembalinya Ultraman Dengan Sebuah Penceritaan Baru!

Maira by Maira
October 9, 2022
in Artikel, Berita, Movie Review, Review
0 0
0
Shin Ultraman [Review Tanpa Spoiler] — Kembalinya Ultraman Dengan Sebuah Penceritaan Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa minat Ultraman? Rasanya ramai antara kita telah membesar dengan siri Ultraman. Jaranglah orang tidak pernah dengar siri tersebut. Filem terbaru, Shin Ultraman sudah pun keluar di pawagam terpilih. Kalau nak tahu best atau tidak, teruskan membaca review ringkas tanpa spoiler Shin Ultraman ini!

Bagi kami, plotnya memang baik. Tetapi untuk letakkan pelbagai benda dalam sebuah filem yang berdurasi 112 minit. Tidak banyak yang boleh dikembangkan untuk watak protagonis kita, Kaminaga Shinji sehinggakan dia kurang menyerlah. Lebih-lebih lagi dengan gayanya yang “tiada perasaan”. Tetapi ia masuk akal juga kenapa dia berkelakuan begitu. Musuh-musuh yang muncul pula yang lebih menyerlah daripada dia.

Shin Ultraman

Ahli S-Class Species Suppression Protocol (SSSP) yang lain, pula masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri. Mereka inilah yang menjadi penyelidik kepada serangan Kaiju yang berlaku dan kita luangkan masa lebih banyak bersama mereka berbanding protagonis. Interaksi mereka semua memang menarik, dan betul-betul seperti sebuah pasukan yang hebat. Lebih-lebih kepercayaan mereka terhadap satu-sama lain.

Mungkin anda akan keliru sikit dengan watak-watak yang muncul semasa awal filem, tetapi lama-kelamaan anda akan mengenali mereka dengan lebih baik. Disebabkan rentaknya agak pantas, mungkin ada beberapa adegan yang susah untuk anda fahami. Kalau ia dibahagikan kepada beberapa bahagian, mungkin lebih mudah untuk kita kenali watak serta dunia tersebut. 

Oh ya, Shin Ultraman mempunyai “lore” tersendiri yang berbeza daripada siri original. Walaupun begitu, anda akan jumpa ultra dan pelbagai Kaiju yang muncul daripada siri itu.

Bercerita tentang aksi pertarungannya, efek khas yang digunakan sangat bagus. CGI tersebut padan dengan filem. Jadi tidaklah nampak seperti ia palsu sangat. Tetapi pergerakan yang Shin Ultraman gunakan kadang-kadang mencuitkan hati. Ia seperti anda pusingkan sahaja patung mainan aksi Ultraman. Apa pun pertarungannya memang seronok untuk ditonton.

Shin Ultraman

Banyak juga benda menarik lain yang kami lihat daripada filem Shin Ultraman ini. Antaranya lumrah manusia yang bersikap tamak. Kesilapan lama sering diulangi oleh manusia membuatkan mereka ini tidak serik ditipu. Sakit hati juga bila tengok orang-orang atasan senang sangat ditipu dalam filem ini. Sabar sahajalah.

Selain itu, shot kamera daripada filem ini agak rawak. Untuk satu adegan sahaja, anda akan lihatnya daripada pelbagai sudut. Memang klasik habis. Muzik filem ini memang sangat sesuai dan terasa seperti siri “Ultraman”. Skor yang bagus oleh Shiro Sagisu.

Shin Ultraman

Nak cerita lebih-lebih takut terkeluar spoiler pula. Apapun, kami memang syorkan untuk tonton Shin Ultraman, lebih-lebih lagi kalau anda minat pada siri ini. Untuk mendapatkan segala liputan lain mengenai Ultraman daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: reviewShin Ultraman
Previous Post

Coffee Talk memenangi Grand Jury Award untuk SEA Game Awards 2022, 2 tahun berturut-turut! [Level Up KL]

Next Post

Preview Wild Hearts – Keunikan masih terserlah, mampu bersaing dengan Monster Hunter

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Preview Wild Hearts – Keunikan masih terserlah, mampu bersaing dengan Monster Hunter

Preview Wild Hearts - Keunikan masih terserlah, mampu bersaing dengan Monster Hunter

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd