Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Ultraman akan tayang di Malaysia pada 6 Oktober di pawagam GSC & TGV! [UPDATE]

Maira by Maira
July 26, 2022 - Updated on July 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Shin Ultraman akan tayang di Malaysia pada 6 Oktober di pawagam GSC & TGV! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat Ultraman! Filem Shin Ultraman akan ditayangkan di Malaysia pada 6 Oktober ini! Dapat juga peluang untuk kita menonton filem tokusatsu ini. Shin Ultraman akan tersedia di pawagam GSC secara eksklusif. Masih tidak tahu jika ia ditayangkan di pawagam tertentu, tetapi kita tunggu sahaja maklumat baru daripada pihak mereka. Terima kasih Odex kerana membawa filem Shin Ultraman ke Malaysia.

JUST ANNOUNCED: #ShinUltraman is finally coming exclusively to GSC! See you in GSC this 6 October! 💥 pic.twitter.com/JoHCViuhw9

— GSC (@GSCinemas) July 26, 2022

Ditayangkan pada bulan Mei yang lalu di Jepun, ia merupakan filem reboot kepada siri tokusatsu tersebut. Jika dilihat daripada trailer-nya, ia banyak tertumpu kepada drama-drama hal manusia. Tetapi jangan risau, aksi Ultraman juga banyak. Kalau tidak, bukan filem Ultraman namanya.

Filem Shin Ultraman diarahkan oleh Shinji Higuchi, yang sebelum ini mengarah bersama Shin Godzilla (2017) dan telah bekerja dalam kedua-dua industri anime dan tokusatsu selama beberapa dekad. Sebelum ini, beliau pernah mengerjakan anime seperti Wings of Honneamise, The End of Evangelion dan Kill La Kill. Di samping itu, Higuchi ialah rakan yang rapat kepada Hideaki Anno – pencipta Neon Genesis Evangelion – yang menulis skrip untuk filem Shin Ultraman.

Takumi Saitoh, yang sebelum ini membintangi filem live action Ace Attorney, akan berlakon dalam filem ini sebagai Shinji Kaminaga, individu yang akhirnya akan dikenali sebagai Ultraman.

Filem ini merupakan entri kedua dalam siri “Shin” oleh Higuchi dan Anno, yang bermula dengan Shin Godzilla dan akan diteruskan dengan Shin Kamen Rider 2023. Shin Kamen Rider pula diarahkan oleh Anno, dan merupakan reboot penuh kepada rancangan tokusatsu popular oleh Toei.

Siapa dah sedia untuk beli tiket nanti? Bolehlah buat pelan dengan kawan-kawan peminat Ultra untuk tengok sekali nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Ultraman daripada kami, sila klik pautan ini.

[UPDATE]

TGV Cinemas juga akan menayangkan filem Shin Ultraman pada tarikh yang sama. Tidak tahu lagi jika ia tersedia di semua pawagam TGV. Jadi kita tunggu pengumuman lanjut daripada mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGSC CinemasShin Ultraman
Previous Post

Apex Legends: Hunted akan tiba pada 10 Ogos 2022 bersama legend baru Vantage

Next Post

Senarai Animasi Malaysia Popular yang ditonton semasa zaman kanak-kanak!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!
Anime

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

July 1, 2025
Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Temuramah

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

July 1, 2025
Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Next Post
Senarai Animasi Malaysia Popular yang ditonton semasa zaman kanak-kanak!

Senarai Animasi Malaysia Popular yang ditonton semasa zaman kanak-kanak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd