Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Megami Tensei V: Vengeance — Kenali Watak & Kandungan Baharu

Maira by Maira
March 7, 2024 - Updated on March 21, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Shin Megami Tensei V: Vengeance — Kenali Watak & Kandungan Baharu

Sumber: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

Shin Megami Tensei V: Vengeance bakal menemui peminat pada bulan Jun ini! Sementara menunggu pelancarannya, SEGA akan melepaskan beberapa maklumat baharu game. Kali ini, jom kita lihat serba sedikit mengenai cerita, watak serta penambahan baharu yang anda bakal alami dalam entri baharu siri Shin Megami Tensei.

Cerita

Anda ialah pelajar tahun tiga di Jouin High School, yang kehidupannya yang aman dikacau. Selepas terowong runtuh, anda dihumban ke Da’at: Tokyo yang musnah di mana demon bermaharajalela. Anda menjadi Nahobino dengan bergabung dengan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Aogami dan mendapati diri anda berada di tengah-tengah pertempuran antara dewa dan demon.

Sumber: SEGA

Ketika demon menyerang manusia dan dunia dalam huru-hara, Bethel, sebuah organisasi yang dipimpin oleh dewa, bangkit menentang mereka. Semasa mengemudi alam misteri Da’at, protagonis bertemu dengan Yoko Hiromine. Dengan sihir yang tersedia, mereka mendapati diri mereka berada di barisan hadapan menentang demon. Walau bagaimanapun, Qadištu menghalang jalan mereka. “Jadi kita telah menemuinya… Kunci kepada kebangkitan…” Lilith, salah seorang Qadištu, mengisytiharkan dirinya sebagai “Fallen One” dan memanggil protagonis “kunci kebangkitan.” Apa yang dia rancang? Kisah dendam Fallen One bermula…

Sumber: SEGA

Watak

  • Protagonis/ Nahobino
Sumber: SEGA

Seorang pelajar sekolah menengah tahun tiga dari bandar. Selepas terperangkap dalam terowong runtuh, dia mendapati dirinya tersesat dalam gurun alternatif Tokyo; Da’at. Dia bergabung dengan Aogami dan berubah menjadi Nahobino—makhluk yang mempunyai kuasa ghaib yang boleh menghalang demon. Dalam bentuk Nahobino-nya, dia mengawal badan manakala Aogami memberinya bimbingan.

  • Aogami
Sumber: SEGA

Seorang lelaki misteri yang pantas datang membantu protagonis apabila dia diserang oleh demon. Sebaik sahaja protagonis memegang tangannya, kedua-duanya berubah menjadi makhluk perkasa – seorang Nahobino. Dia terlibat dalam perang besar-besaran 18 tahun lalu tetapi telah kehilangan ingatan tentang apa yang berlaku.

  • Yoko Hiromine
Sumber: SEGA

Seorang pelajar tahun tiga di St. Marina Girls’ High School dengan sikap dingin dan aura misteri. Selepas bertemu dengannya di Da’at, dia menjadi salah seorang sekutu protagonis dan bertempur bersamanya dalam pertempuran. Ada yang memanggilnya sebagai “Saint,” kerana kuasa ajaib yang telah lama dimilikinya. Sekolahnya mengiktiraf kebolehannya dan melatihnya dalam sihir untuk mengalahkan demon.

Demon

  • The Fallen Ones: The Qadištu
Sumber: SEGA

Empat demon yang berhadapan dengan protagonis dalam route Canon of Vengeance. Musuh baru ini akan menimbulkan penciptaan mitos baru.

  • Lilith
Sumber: SEGA

Seorang wanita yang dikatakan isteri pertama Adam dalam Old Testament. Dia dipercayai telah menjadi demon selepas diusir dari Syurga, dan dia kini memimpin Qadištu. Untuk memenuhi matlamat tertentu, dia berdiri teguh menentang protagonis.

Seperti yang diumumkan dahulu, Shin Megami Tensei V: Vengeance akan menampilkan lebih daripada 270 demon termasuklah demon baharu yang dihasilkan oleh Masayuki Doi!

Sumber: SEGA

Selain itu, tambahan lain yang bakal tersedia adalah penerokaan kini lebih luas, perbualan baru bersama demon, sistem battle yang ditambahbaik, watak diperbaharui dan penamat baharu! Bergaul dengan demon anda dan cari cara strategi untuk gunakan skill pasif baharu! Edisi definitif ini memperkenalkan banyak QoL dan elemen gameplay yang lebih seronok!

Kandungan DLC daripada game asal

Sumber: SEGA

Segala kandungan DLC daripada game asal akan tersedia untuk anda mainkan. Bukan setakat itu sahaja, ada penambahan kepada DLC ini! Demon baharu akan dilepaskan sebagai DLC secara berkala. Anda boleh dapatkan Dadga dan Konohana Sakuya nanti. Quest DLC juga memboleh anda mendapatkan EXP dan Macca lebih cepat apabila tersedia semasa pelancaran.

Shin Megami Tensei V: Vengeance akan dilancarkan pada 14 Jun 2024 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Shin Megami Tensei daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Shin Megami TenseiShin Megami Tensei VShin Megami Tensei V: VengeanceSMTV
ShareTweetSend
Previous Post

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Dedahkan Gameplay! Bakal Lancar pada 2024!

Next Post

Xiaomi 14 Series Akan Tersedia di Malaysia pada 8 Mac, Harga Bermula RM 3,499!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa
Temuramah

“Mencipta Karya Yang Belum Pernah Dilakukan” – Interviu Death Stranding 2 Bersama Hideo Kojima & Yoji Shinkawa

July 7, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Next Post
Xiaomi 14 Series Akan Tersedia di Malaysia pada 8 Mac, Harga Bermula RM 3,499!

Xiaomi 14 Series Akan Tersedia di Malaysia pada 8 Mac, Harga Bermula RM 3,499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd