Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Kamen Rider – Sinopsis lengkap *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Spoiler, Tokusatsu
0 0
0
Shin Kamen Rider – Sinopsis lengkap *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang pasti mengenali francais Kamen Rider tapi siapakah yang betul-betul kenal dan tahu akan Kamen Rider original pada tahun 1971. Merupakan olahan baru kepada kisah klasik, Shin Kamen Rider ialah sebuah filem tokusatsu yang diarahkan dan ditulis oleh Hideaki Anno. Dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-50 francais Kamen Rider, ia merupakan filem ke-4 dan terakhir dalam Shin Japan Heroes Universe, selepas Shin Godzilla (2016), Evangelion: 3.0+1.0 Thrice Upon a Time (2021) dan Shin Ultraman (2022).

Kini ditayangkan di Malaysia, anda boleh menonton filem ini sekarang! Bagi mereka yang tidak sempat menonton tetapi ingin tahu jalan cerita, teruskan membaca artikel di bawah untuk belajar tentang naratif dan plot lengkap Shin Kamen Rider!

Sinopsis

Kredit: TOEI

Penunggang motosikal Takeshi Hongo diculik oleh SHOCKER, sebuah organisasi jahat yang mengubah manusia menjadi haiwan kacukan sintetik yang dikawal minda. Makhluk ini dikenali sebagai Augment, atau Aug.

Hongo terpaksa menjalani eksperimen kejam lalu menjadi Grasshopper-Aug 01 tetapi dibebaskan oleh Ruriko Midorikawa, seorang bekas ahli SHOCKER sebelum mindanya dikawal. SHOCKER menghantar salah seorang ejen terhandal, Spider-Aug, untuk mendapatkan mereka semula dan dia berjaya menangkap Ruriko buat sementara sebelum diselamatkan oleh Hongo yang kini memakai sut istimewa.

Kredit: TOEI

Mereka berundur ke rumah selamat di mana mereka bertemu dengan Dr. Hiroshi Midorikawa (bapa Ruriko). Dia mendedahkan bahawa Hongo adalah ciptaan Augment terbaiknya untuk mengalahkan organisasi dan memilihnya atas dua sebab; Hongo dahagakan kuasa dan dia mempunyai prana (sumber tenaga di alam sekeliling) yang membolehkannya memiliki kekuatan luar biasa.

Mereka ditemui oleh Spider-Aug, yang membunuh Dr. Midorikawa dan Ruriko diculik sekali lagi, tetapi rancangan jahat mereka dihalang seiali lagi. Selepas memikirkan peristiwa baru-baru ini, Hongo berjanji untuk menggunakan kuasanya demi kebaikan lalu menggelarkan dirinya sebagai “Kamen Rider.”

Kredit: TOEI

Kemudian, dua ejen kerajaan (tidak memberi nama) mendekati Hongo dan Ruriko lalu meyakinkan mereka untuk bekerjasama bagi menumpaskan SHOCKER, sebagai pertukaran untuk keselamatan dan intel.

Ruriko mendedahkan bahawa SHOCKER ialah sebuah pertubuhan rahsia yang asalnya dicipta oleh seorang bilionair dengan matlamat untuk memberi kebahagiaan kepada manusia. Walau bagaimanapun, bilionair itu membunuh diri dan SHOCKER dikawal oleh mesin AI (artificial intelligence) yang salah faham akan kehendak penciptanya, dan percaya bahawa manusia harus ditakluk.

Kredit: TOEI

Atas permintaan kerajaan, Hongo dan Ruriko mengalahkan beberapa Aug, termasuk Wasp-Aug (identiti sebenar ialah Hiromi, yang juga rakan Ruriko). Apabila Hongo enggan membunuhnya, Wasp-Aug ditembak oleh salah seorang ejen menggunakan racun Scorpion-Aug.

Kemudian, Ichiro (abang Ruriko) bangkit sebagai Butterfly-Aug. Ichiro membunuh beberapa ejen dengan menghantar roh mereka ke dimensi neraka yang dipanggil Habitat Realm. Ruriko mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk melakukan perkara yang sama kepada manusia kerana ibunya dibunuh tanpa sebab, satu kejadian yang membuatkan Ichiro marah dengan manusia.

Kredit: TOEI

Hongo dan Ruriko cuba untuk berhadapan dengan Ichiro, tetapi Hongo dihalang oleh Hayato Ichimonji, yang ditukar menjadi Grasshopper-Aug 02 oleh SHOCKER. Hongo melarikan diri bersama Ruriko tetapi dicederakan oleh Ichimonji. Namun, Ruriko berjaya membebaskan Ichimonji daripada kawalan minda SHOCKER.

Tidak lama kemudian, Ruriko dibunuh oleh Mantis/Chameleon-Aug (kemudian dibunuh oleh Ichimonji). Selepas pulih, Hongo melihat wasiat terakhir Ruriko melalui topi keledarnya; dia menjelaskan bahawa dia kalah kepada Ichiro kerana prana-nya melebihi dirinya, jadi dia memindahkan kod ke topi keledar Hongo yang boleh digunakan untuk menumpaskan Ichiro. Pada masa yang sama, dia mengaku bahawa sepanjang bersama Hongo, dia benar-benar gembira.

Kredit: TOEI

Selepas Hongo meratapi kematiannya, dia gagal meyakinkan Ichimonji untuk bekerjasama dengannya menentang SHOCKER dan meminta bantuan daripada dua ejen yang tidak dinamakan itu sebelum berdepan dengan Ichiro.

Hongo diserang hendap oleh segerombolan Grasshopper-Aug tetapi tanpa disangka, dia diselamatkan oleh Ichimonji, yang menggelarkan dirinya sebagai “Kamen Rider No.02“. Kedua-duanya bekerjasama untuk mengalahkan kumpulan Aug tersebut. Apabila mereka berhadapan dengan Ichiro, dia berubah kepada transformasi penuh, Kamen Rider No.0, yang terbukti cukup kuat. Walaupun begitu, Hongo dan Ichimonji berjaya memusnahkan sumber prana-nya.

Kredit: TOEI

Kedua-duanya berjaya menanggalkan topi keledar Ichiro dan menggantikannya dengan topi keledar Hongo, di mana Ichiro berinteraksi dengan roh Ruriko dan kedua-duanya berdamai. Setelah menghabiskan prana mereka, kedua-dua Ichiro dan Hongo mati.

Kemudian, kedua-dua ejen kerajaan menghormati permintaan Hongo dengan mewariskan topi keledarnya kepada Ichimonji, dan mendedahkan bahawa mereka telah menyelamatkan roh Ruriko ke lokasi yang selamat, dan Hongo mahu Ichimonji meneruskan nama “Kamen Rider” dan mengalahkan SHOCKER.

Kredit: TOEI

Ichimonji dengan berat hati bersetuju untuk bekerja dengan dua ejen itu, yang mengenal diri sebagai Tachibana dan Taki. Bersama sut baharu dan topi keledar Hongo yang ditambah baik, Ichimonji berinteraksi dengan Hongo, yang memindahkan rohnya ke topi keledar; dan mereka berdua, kini dikenali sebagai “Kamen Rider No.02+01,” menunggang ke arah matahari terbenam dengan penuh harapan.


Jika ada peluang, sila tonton Shin Kamen Rider! Kini ditayangkan di beberapa pawagam tertentu di Malaysia, inilah waktunya untuk mendalami sejarah awal francais tokusatsu ini.

Untuk membaca segala berita kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemShin Kamen RiderTokusatsu
ShareTweetSend
Previous Post

Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Watak-watak Paling Kuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Watak-watak Paling Kuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Jujutsu Kaisen: Watak-watak Paling Kuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd