Penerbit Neos Corporation dan studio Millennium Kitchen akan melancarkan game ‘Shin-chan: Me and the Professor on Summer Vacation – The Endless Seven-Day Journey’ untuk PlayStation 4 dan Switch pada bulan Ogos di seluruh dunia. Malangnya, tarikh tepat tidak didedahkan.
Berikut adalah gambaran keseluruhan game, melalui laman web rasmi:
Jalan cerita
Hiroshi perlu pergi ke Kyushu untuk urusan kerja, jadi kini seluruh keluarga Nohara telah membuat keputusan untuk tinggal bersama rakan Misae sejak kecil di Assou, Kumamoto. Tetapi apabila mereka tiba di Stesen Kumamoto dalam perjalanan ke Assou, mereka bertemu dengan seorang lelaki aneh yang menawarkan kamera dengan syarat mereka menjadi saksinya…
Dengan kamera barunya, Shinnosuke boleh menikmati percutian musim panasnya di padang dan pergunungan Assou yang indah. Persekitaran itu juga penuh dengan makhluk yang tidak boleh ditemui olehnya di Kasukabe, ramai orang bandar untuk membantu dan ramai rakan baru untuk berkenalan.
Walaupun begitu… bukankah kanak-kanak ini kelihatan sangat sama dengan rakan-rakan di rumah halamannya?
Pada suatu malam musim panas yang sejuk, Shinnosuke menyaksikan sebuah makhluk gergasi di sebalik cahaya bulan purnama. Di sebelah makhluk itu adalah seorang lelaki pelik dengan senyuman yang lebar. Itulah lelaki pelik yang memberinya kamera di stesen…
Dia memanggil dirinya Evil Professor. Berikutan pertemuan ini, semakin banyak perkara aneh mula berlaku di sekitar Assou…
Inilah entri terbaru dalam siri My Summer Vacation, di mana game ini membolehkan kita mengalami percutian musim panas sebagai Shin-chan melalui bandar indah Assou yang rupanya memiliki sejenis mitos misteri. Jadi apakah aktiviti yang kita boleh buat sebagai Shin-chan? Antaranya:

Gimnastik pagi: Percutian musim panas tidak lengkap tanpa gimnastik pagi! Semua orang di bandar berkumpul untuk melakukan regangan pagi dan kerja kita adalah untuk santai dan menikmati senaman.
Menangkap ikan & serangga: Memandangkan bandar ini dikelilingi oleh alam semula jadi, Assou juga mempunyai pelbagai jenis serangga dan ikan yang jarang ditemui! Tangkap ikan dan serangga, bantu penduduk bandar, dan nikmati percutian musim panas secara maksimum!
Tanam sayur-sayuran: Kita boleh menanam sayur-sayuran di Ladang Kurokami! Jika anda membawa sayur-sayuran yang ditanam ke Kafe Hinoyama atau kedai lain di sekitar bandar, kita juga boleh memperoleh sedikit wang saku.
Berkawan dengan rakan-rakan lain dan main kad dinosaur: Berkawanlah dengan kanak-kanak lain di Assou untuk bermain permainan kad Dinosaur Showdown! Ini adalah permainan di mana dua dinosaur kuat dan watak ikonik bertembung! Kita boleh mengumpul kad Dino dengan membeli Chocobi daripada Kedai Kirishima!

Bagi sesiapa yang berminat, game Shin-chan: Me and the Professor on Summer Vacation – The Endless Seven-Day Journey akan tiba di PS4 & Switch pada Ogos 2022. Selain itu, filem ke-30, Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden akan ditayangkan di Malaysia dan Singapore. Sama seperti game ini, filem tersebut tidak mempunyai tarikh pelepasan rasmi. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post