Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shenron diseru! Gula-gula comel berdasarkan Dragon Ball Super!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Shenron diseru! Gula-gula comel berdasarkan Dragon Ball Super!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 28 Julai, divisi “gula-gula” BANDAI akan melancarkan “Tabemasu Dragon Ball” yang dimodelkan sempena naga ikonik Shenron dan bebola naga yang muncul dalam anime Dragon Ball. Dikeluarkan secara khusus hanya di FamilyMart Jepun pada nilai harga 369 yen (anggaran RM14.66), kuantitinya yang terhad membuatkan promosi ini sangat singkat dan sepatutnya berakhir sebaik sahaja stok habis.

Tabemasu atau nama panjangnya Taberareru Mascot (maskot yang boleh dimakan) adalah francais gula-gula Jepun yang menggunakan adunan yang diperbuat dari jem kacang, gula dan serbuk mochi untuk membentukkan watak-watak. Ia adalah jenis gula-gula Jepun baru yang mungkin membuatkan anda rasa serba salah untuk makan kerana kecomelan watak yang terserlah.

Kali ini, Dragon Ball menjadi tumpuan utama ketika peminat berusaha untuk mengumpulkan 7 bebola naga untuk memenuhi keinginan. Terdapat sembilan jenis bebola naga, termasuk dua jenis rahsia bagi 1-⭐️ Dragon Ball hingga 7-⭐️ Dragon Ball. Anda boleh menikmati dua jenis rasa di mana gula-gula Shenron mengandungi inti berperisa daun teh matcha manakala gula-gula bebola naga dipenuhi dengan inti kastard. Gula-gula tersebut berjaya mengekspresikan ciri-ciri Shenron secara terperinci seperti matanya yang merah, janggutnya yang panjang, dan kukunya yang tajam.

 

1 of 3
- +

Sudah tentu, promosi ini hanya boleh didapati di Jepun dan bukan di seluruh dunia. Saya harus meminta maaf kepada peminat Dragon Ball di Malaysia. Andai kata promosi ini diadakan, adakah anda akan beli? Jom kongsikan pendapat!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ballgula-gulaTabemasu Dragon Ball Super
Previous Post

Epic Games Store diintegrasikan dalam GOG Galaxy 2.0! Melancarkan pengalaman gaming anda!

Next Post

PUBG sekarang ada jalan cerita? Video baru memperkenalkan “The Sanhok 4”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PUBG sekarang ada jalan cerita? Video baru memperkenalkan “The Sanhok 4”!

PUBG sekarang ada jalan cerita? Video baru memperkenalkan "The Sanhok 4"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd