Pelbagai benda baru yang telah didedahkan semasa acara SDCC yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini, dan Marvel Studios kembali membawa banyak trailer serta pendedahan baru untuk Marvel Cinematic Universe. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mendedahkan tarikh tayangan untuk She-Hulk: Attorney at Law bersama trailer terbaru. Pada 17 Ogos nanti, bolehlah anda tonton siri terbaru Marvel ini di Disney+ Hotstar.
Untuk pengetahuan anda, She-Hulk merupakan siri komedi yang membintangkan Tatiana Maslany sebagai She-Hulk atau Jennifer Walters, seorang peguam yang pakar dalam kes yang melibatkan superhuman. Ia juga memaparkan watak Hulk yang dimainkan oleh Mark Ruffalo dan Abomination oleh Tim Roth. Siri ini diarahkan oleh Kat Coiro dan Anu Valia manakala Jessica Gao sebagai ketua penulis. She-Hulk: Attorney at Law akan mempunyai 9 episod dengan tayangan selama setengah jam. Kita akan melihat bagaimana Jennifer Walters cuba mengimbangi hidupnya sebagai seorang peguam dan kawal kuasa yang baru dimilikinya.
Berikut adalah sinopsis rasmi She-Hulk: Attorney at Law:
Ikuti kisah Jennifer Walters semasa dia mengimbangi hidupnya yang rumit, seorang peguam berumur lebih kurang 30 yang juga manusia super berkuasa hulk dengan ketinggian 6 kaki 7 inci.

Kalau anda ingin tahu, komik She-Hulk dihasilkan oleh Stan Lee dan John Buscema dengan tajuk Savage She-hulk pada Februari 1980. The Hulk telah menjadi sangat popular pada 1970 kerana siri The Incredible Hulk oleh CBS. Jennifer Walters telah dihasilkan supaya Marvel mempunyai hak terhadap watak Hulk versi wanita. Stan Lee dan pasukan di Marvel berjaya menghasilkan seorang watak tersebut dan mampu kekal memberikan hiburan kepada pembaca.
Seperti kebanyakan watak komik, She-Hulk telah mengalami pelbagai perubahan pada kuasa, reka bentuk serta asal-usulnya. Bukan setakat itu sahaja, John Byrne yang menghasilkan Sensational She-Hulk selalu membuat watak tersebut pecahkan “fourth wall” sepanjang siri. Dalam trailer terbaru juga kita melihat She-Hulk berkata sambil memandang penonton, jadi kita berkemungkinan besar akan melihatnya begitu sepanjang 9 episod yang akan ditayangkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri tv lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post