Masih ingat awal Mei haritu kami ada kongsikan bahawa Mortal Kombat 11 mempunyai debut terbaru yang menampilkan penceritaan baru, watak dan stage baru? Ya secara rasmi kami dapat peluang sekali lagi untuk review permainan pertempuran yang penuh dengan darah ini dalam debut Mortal Kombat 11: Aftermath!
Kali terakhir kami review permainan ini adalah setahun lebih yang lalu semasa pelancaran rasmi Mortal Kombat 11. Permainan yang dihasilkan oleh Netherealm Studio ini secara rasmi melancarkan debut Aftermath ini pada 26 Mei 2020 lalu. Menghabiskan penceritaan terbaru dalam kesinambungan Mortal Kombat 11 pada musim PKP lalu sangat berbaloi terutama kepada saya yang sememangnya peminat tegar siri Mortal Kombat.
Evolusi NetherRealm Studios menjadi pembangun yang berfokus pada kisah telah lama wujud. Bermula dengan Mortal Kombat: Deception, setiap entri berikutnya telah berkembang dengan cara cerita diceritakan dalam permainan pertempuran. Mortal Kombat 11 menjadi lebih kepuncak, yang menampilkan mod cerita yang paling kuat, koreografer dan penuh dengan kisah yang terjadi untuk masa kini. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan, walaupun terdapat kekurangan dalam penceritaan dan itu adalah inti dari Mortal Kombat 11: Aftermath.
Perluasan yang memfokuskan naratif, Aftermath bertujuan untuk menambahkan perspektif baru pada 11 kempen yang panjang. Adakah ini pengakhiran yang sempurna untuk Mortal Kombat 11 atau Aftermath hanyalah sebuah penceritaan yang membazir? Jadi tanpa melengahkan lagi masa yang ada, jom selami penceritaan review kami untuk Mortal Kombat: Aftermath!
Aftermath sebenarnya cerita Shang Tsung!
“Your Soul is Mine”
Tidak sabar untuk bermain sendiri kesinambungan Mortal Kombat 11, Aftermath yang saya mainkan tanpa henti mencecah sehingga 2jam lebih. Kali ini penceritaan mengikuti pengakhiran yang lalu dimana Kronika telah tewas serta Liu Kang yang kini menjadi Fire dan Thunder God bersama Raiden cuba menggunakan Hourglass untuk memulihkan sejarah, sehingga kemudiannya mereka berdua mereka terganggu oleh Shang Tsung, Fujin dan Nightwolf (semuanya yang Kronika penjarakan di Void kerana tidak mahu bergabung dengannya sehingga kematian membebaskan mereka). Shang Tsung ni kalau nak tahu juga, dia tidak pernah jadi watak yang baik pun, memang awal-awal ni dah musykil dengan motif dia!
Kemudian Shang Tsung meyakinkan Liu Kang untuk menghancurkan “Crown of Souls” ketika menewaskan Kronika supaya Hourglass tidak perlu digunakan untuk mengubah sejarah dan menhancurkannya. Jadi Liu Kang membenarkan Shang Tsung, Fujin dan Nightwolf untuk kembali ke masa lalu untuk mencuri semula Crown of Souls sebelum Cetrion memulihkannya. Disitu, Raiden memang tidak percaya pada “The Snake” Shang Tsung ini, tetapi Liu Kang telah memberitahu Fujin sesuatu agar melepaskannya.
Kemudian bermulalah perjalanan mereka, dimana ianya bermula pada waktu dimana Kitana menewaskan Shao Kahn dan menjadi Kitana Kahn. Ketika tu mereka bertiga secara senyap meneruskan perjalanan untuk menghadap Centrion di pulau Shang Tsung tetapi, dia cakap lebih senang jika mereka teruskan perjalanan dengan bantuan Sindel yang juga merupakan ibu kepada Kitana.
Jadi mereka pulang semula ke Outerworld, mempergunakan hutang darah oleh Sheeva kepada Sindel untuk mendapatkan akses ke “Soul Chamber” dan menghidupkan semula Sindel disitu. Setiap perjalanan sudah tentu ada pertarungan, seperti ketika sampai ke tahap ini, saya perlu menggunakan Sheeva untuk menewaskan Barakka, Jade, Kotal Kahn dan terakhir Kitana, ketika Kitana datang untuk menghalangnya dari hidupkan semula Sindel kerana tidak mempercayai motif Shang Tsung.
Bersambung lagi perjalanan mereka yang diikuti Sindel ke pulau Shang Tsung dimana disitu juga tiba lah tahap Fujin pula mula berlawan menewaskan pengikut Kronika dan meyakinkan Jax masa kini untuk menukar bergabung dengannya untuk masa depan yang lebih cerah dari mengikuti Kronika. Selepas itu, gabungan pertarungan antara Sindel bersama yang lain menewaskan Centrion untuk mendapatkan Crown tersebut. Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke “Fire Garden” dan Fujin memulakan pertarungan sekali lagi dengan menewaskan Sub-Zero dan Scorpion yang turut tidak mempercayai motif Shang Tsung. Setelah pertempuran itu, mereka cuba meyakinkan Raiden waktu itu untuk bantuannya sehingga Kronika muncul dan campur tangan.
Fujin, Raiden dan Shang Tsung bergabung untuk menewaskan Kronika sehingga Fujin memakai Crown tersebut sehingga Kronika menyatakan bahawa motif “socerrer” Shang Tsung sebenarnya ingin memiliki Crown tersebut untuk dirinya sendiri kerana dia juga yang mencipta Crown tersebut! Selepas pertarungan tersebut, Shang Tsung memberi tanda isyarat kepada Sindel untuk melepaskan suaminya Shao Kahn. Sementara Fujin memimpin serangan pada Kronika, Raiden menemui komplot diantara Shang Tsung dan pengkhianatan Sindel ketika bertarung dengan Liu Kang setelah dia mendapat kecederaan dari masa lalu.
Raiden sampai lambat sedikit ketika Fujin ditipu oleh Shang Tsung kerana dia menggunakan kuasa klonnya untuk menyerupai Raiden. Ketika Shang Tsung memakai Crown tersebut, maka semuanya telah didedahkan dan sememangnya motifnya adalah kejahatan untuk menakhluki New Era. Kemudian dikapal sebelum berakhirnya ke tempat Kronika, saya dapat memilih diantara Shao Kahn atau Sindel serta telah membunuh dan memenggal kepala Kotal Kahn diikuti menewaskan Kitana dan Liu Kang. Mungkin dalam kematian Kotal Kahn ini adalah disebabkan Netherealm ingin mematikan watak Kotal Kahn jika diteruskan lagi siri ini. ~ Sebenarnya agak sedih tengok Kotal Kahn mati~
Sehingga disambung pula kepada Shang Tsung yang telah menewaskan beberapa orang kuat termasuk Nightwolf dan akhirnya mati ditangan Shang Tsung selepas dia menyedut rohnya, kemudian diteruskan dengan pertarungan dengan Raiden dan Fujin dan menyedut roh mereka tetapi dia tidak mematikan mereka. Sebenarnya Shang Tsung turut mempergunakan Sindel dan Shao Kahn untuk ke Hourglass, motif Sindel dan Shao Kahn bergabung dengannya adalah ingin menakhluk bersama untuk New Era, sebaliknya Shang Tsung hanya mahukan mereka menjadi orang suruhannya. Keduanya turut mati ditangan Shang Tsung dengan menyedut roh mereka.
Maka sebelum berakhirnya cerita, Shang Tsung mula bertarung dengan Kronika, dia siap menggunakan ayat untuk memberi Kronika peluang untuk menjadi hambanya, dan apa yang Kronika katakan dia adalah abadi dan tidak akan tunduk padanya. Bertarung dengan Kronika sama seperti yang lalu, Kronika mendapat bantuan dari Revenant nya ketika pertarungan. Tetapi akhirnya masih tewas ditangan Shang Tsung (walaupun dua kali rematch lah saya~) sehingga disedut rohnya menjadi pasir.
Ketika dia cuba manipulasi Hourglass, Fire God Liu Kang hadir dan mengungkapkan sebenarnya dia mengetahui motif Shang Tsung dari awal dan ketahui niatnya sengaja membiarkannya menang sehingga Crown of Souls terpelihara olehnya setelah Kronika dikalahkan. Dan disini, pertarungan terakhir diantara Shang Tsung bermula dan saya perlu memilih sama ada pengakhiran mengikut sisi Fire God Liu Kang atau sisi Shang Tsung. Jadi saya telah memilih Liu Kang pada awalnya dimana setelah menewaskan Shang Tsung dia terus melenyapkannya dan mendapatkan kembali Crown of Souls. Kemudian dia kembali ke New Era, dia telah singgah ke kuil Shaolin berjumpa dengan Kung Lao dengan motifnya untuk melatih Kung Lao sehingga menjadi Great Kung Lao untuk menjuarai Mortal Kombat.
Manakala jika saya memilih Shang Tsung untuk pengakhiran, gameplay akan melihat Shang Tsung menjadi terlalu kuat dengan menyedut roh Liu Kang hingga menjadikan Fujin dan Raiden hambanya ketika dia mengantarkan kempen penaklukan di seluruh dunia. Jadi memang tak sia-sia 2jam lebih saya untuk perhabiskan cerita ini. Berbaloi ke tak? Berbaloi bagi saya sebab dari awal memang dah nampak muka Shang Tsung tu memang ada motif jahat pun dan rasa macam nak pijak-pijak je muka dia!
Fujin, Sheeva dan Robocop adalah watak baru dalam debut ini!
Selain daripada cerita Aftermath yang baru, kandungan lain yang termasuk dalam pengembangan DLC Aftermath ini adalah kedatangan tiga watak baru. Ketiga-tiganya bukanlah sebarangan dan salah satunya dijemput dari siri terkenal suatu ketika dahulu, iaitu ROBOCOP dengan menggunakan suara asal klasik Paul Verhoven!
Sheeva
Jadi kita mulakan dengan Sheeva yang pernah debut di Mortal Kombat 3. Sheeva adalah pahlawan yang menggunakan serangan berat seperti Goro dan mempunyai 4 tangan sepertinya juga. Kalau diingatkan semula cara pertarungan Sheeva, hampir sama juga seperti Goro walaupun kali terakhir Goro hadir di Mortal Kombat X. Ini adalah mereka adalah dari puak yang sama yang dinamakan Shokan, puak yang separuh manusia separuh naga.
Sebagai Shokan, Sheeva memiliki kekuatan yang luar biasa. Dia mempertahankan kemampuan Shokan yang biasa untuk serangan bola api dan menggunakan stomp teleport. Namun, tidak seperti puaknya yang lain termasuk Goro dan Kintaro, dia dapat menggunakan yang pijakkanua ke tanah dengan kuat tanpa teleportasi dan memberi kerosakan.
Antara serangan yang digunakan Sheeva adalah Death From Above seperti yang dinyatakan diatas dia boleh teleport dan hentak musuh dari atas. Furious Stomp pula pijakkan begegarya yang memberi kerosakan, Anti-Air Grab Sheeva menarik lawan dari udara, membaling mereka ke tanah dan menghentak dada dan pangkal paha. Serta beberapa lagi gerakan biasa, gerakan biasa ini kesemuanya dapat di “Enhance” dimana serangan lebih kuat atau sesetengahnya boleh menjadi “Krushing Blow” sehingga boleh nampak serangan tu macam x-ray.
Sama seperti watak-watak yang lain, Sheeva turut ada serangan terakhir yang mengagumkan seperti Brutalities, Fatality dan yang terbaru Frienship! The Klassic adalah salah satu Brutalities yang sangat mudah dilakukan iaitu dengan serangan akhir menggunakan Uppercut, manakala Stomp The Yard adalah kesukaan saya untuk Fatality dan Friendship Sheeva akan menggunakan Krystal Clear iaitu duduk dan memainkan irama melalui bunyi dari gelas wain.
Fujin
Fujin adalah watak yang sangat menarik dan unik yang sangat baik dalam mengendalikan ruang dengan bolt panah – Krossbow Blast, mampu mendorong dan menarik lawannya ke seluruh tempat dengan kekuatan angin- Tornado dan juga mempunyai kemampuan yang menyenangkan untuk berlari ke udara dan menyerang dari di atas- Dive Kick. Saya menyukai kedua-dua watak baru ini, walaupun keseronokan anda mungkin berbeza bergantung pada gaya permainan pilihan anda.
Fujin pertama kali muncul sebagai bos yang tidak disebutkan namanya dalam judul Mortal Kombat Mythologies: Sub-Zero, Fujin membuat penampilan sulung dalam siri pertempuran utama permainan semasa Mortal Kombat 4 sebagai God of Wind dan juga adik kepada Raiden.
Macam biasa, jika kena pada kombo, Fujin juga akan menghasilkan Krunshing Blow yang dinamakan Krushing Zephyr dimana Fujin menendang ke hadapan dan melakukan flip depan, meletakkan kakinya di kepala lawan. Diakhiri dengan antara 3 pilihan tapi yang saya suka gunakan adalah Wind Blade untuk Fatality dimana Fujin menarik pisau dan melepaskan hembusan angin yang memotong lengan dan kaki lawan. Serta Heavy Winds Fujin melakukan Throw meningkatkan intensiti putarannya sebelum mengeluarkan hantaran lintangnya dan melepaskan satu bolt yang meleraikan lawan.
Robocop
“Dead or alive, you are coming with me.”
Siapa sangka Robocop atau Alexander James “Alex” Murphy, yang juga OCP Crime Prevention Unit 001,membuat kemunculan sebagai watak jemputan yang boleh dimainkan seperti Joker, Terminator dan Spawn! Membuat debut bersama 2 watak diatas iaitu Sheeva dan Fujin, Robocop adalah satu watak yang masih seronok dimainkan. Dah tentu-tentu lah orang lama tahu Robocop kan! Dari filem yang sangat popular suatu ketika dahulu zaman 80-an, dan menggunakan suara asal Peter Weller, kini ini masa saya untuk mengeakkan keadilan!
Menggunakan Robocop sebagai robot sebenarnya tidak lah sehebat Cyrex, Sektor dan Smoke walaupun ketiga watak Mortal Kombat ini tiada, skin mereka tersedia pada Robocop okay! Tapi sayangnya saya tak dapat unlock lagi~ Dia masih sekuat RoboCop asal, dia bukan mudah mengalah. Sama seperti Terminator, dia dapat diprogram semula. Robot eksperimen ini juga mempunyai pergerakannya yang perlahan dan canggung, berjalan dengan gerakan robot yang lambat berbanding pergerakan watak lain yang cepat dan semula jadi.
Dalam pengerakkan yang biasa, banyak juga kombinasi yang sangat menarik terutama kombo yang dihasilkan. Antaranya menggunakan Riot Shield dengan RoboCop melengkapkan perisainya dan memegangnya di hadapannya. Sekiranya lawan memukulnya, dia sekat serangan dan menendangnya di perut lalu menjatuhkannya senang cerita “parry”. Juga Flamethrower dimana RoboCop melepaskan ledakan api dari alat pemacu api yang dipasang di pergelangan tangannya. Dan satu lagi kegemaran saya adalah Trick Shot dimana RoboCop menembak kearah kamera lalu peluru melantun ke pihak lawan.
Selain itu, antara finisher yang sangat menarik perhatian seperti Brutallities adalah Kase Klosed dimana RoboCop melakukan Throw kehadapan dan menembak lawan di lutut, menjatuhkan mereka kemudian menembak badan mereka dengan peluru bertubi-tubi. Selepas mereka jatuh, RoboCop memijak lengan mereka, melepaskan tangan mereka dan memberi tembakan terakhir di kepala mereka. Manakala Fatality yang menarik adalah Thank You For Your Cooperation dimana Robocop menembak bom tangan di kepala lawan, yang melambung ke arah mereka. Dia kemudian mensasarkan kakangan dan pose mereka untuk ditembak, peluru menembus dan melepaskan bom tangan yang jatuh di belakang mereka sambil meletupkannya ketika RoboCop berjalan dengan bola api di belakangnya.
Kemaskini selebihnya termasuk Stage baru, Stage Fatalities Skin baru serta FRIENDSHIP!
Dalam debut Aftermath ini turut diberi kemaskini besar pada Mortal Kombat 11 dan itu termasuk Stage baru. Stage baru diantaranya Kronika’s Keep, Soul Chamber serta klassic Dead Pool dan RetroKade yang kembali dari MK3. Saya jadi obses dengan RetroKade sememangnya comel dibelakangnya terdapat permainan arked!
Bukan itu sahaja yang kembali! Klassic finishing move turut kembali di Stage Fatalities dengan menggunakan dunia sebagai senjata anda! Kat sini saya boleh lah lihat persekitaran jadi kaos dan menghancurkan lawan kaw-kaw gais!
Okay seterusnya adalah Finisher terbaru yang tidak berapa baru kerana ianya kembali semula dari MK yang lama iaitu FRIENDSHIP. Okay finisher ini semuanya berakhir dengan comel dan baik, seperti Sheeva diatas dimana dia membuat bunyi menggunakan gelas wain, selain itu untuk Fujin, FRIENDSHIP nya berakhir dengan bermain layang-layang sambil berterbangan. RoboCop pula menari yang dinamakan “dancing robot”, Sub-zero membawa basikal aiskrim, juga paling comel Joker sebab dia tetap dengan keingginan membunuhnya tetapi dihalang oleh senjata batman iaitu “batarang”. Anda memang patutlah guna finisher ni sebab mana watak jahat yang susah nak senyum tu anda boleh lihat sendiri senyuman manis mereka~
Dan yang terakhir beberapa kemaskini termasuk skin terbaru yang dinamakan “Eternal Klash Skinpack” untuk Frost (skin ini adalah pakaian asal Sub-Zero dari MK2 yang dihasilkan semula), Sub-Zero (son of arctika) dan Scorpion (hampir serupa dengan skin di MK9 dan dinamakan Unbound Rage).
Kesimpulannya~ Adakah berbaloi atau tidak Aftermath ini?
Sejujurnya selepas menghabiskan masa hampir 2jam lebih, penceritaan terbaru Aftermath sangat mengejutkan kerana ianya sesuatu yang tidak dijangkakan. Sememangnya penceritaan keseluruhan adalah mengenai Shang Tsung, juga saya sangat tidak sangka rupanya penceritaan Aftermath menjadi agak kaos kerana salah satu bahagian dimana selama ini saya sangkakan Sindel sangat menyintai suami lamanya iaitu King Jerrod tetapi rupanya tidak dan dia sebenarnya lebih menyintai Shao Kahn berbanding King Jerrod dan anaknya sendiri Kitana semata-mata untuk menakhluki New Era. Selain itu, antara adengan yang mengejutkan seperti Kotal Kahn yang tewas ditangan Shao Kahn sangat mengecewakan peminat seperti saya, seperti ianya terus dimatikan dalam cerita Mortal Kombat.
Untuk kemaskini selebihnya memang sangat menarik perhatian saya dengan menggunakan sesuatu yang baru dan seronok menggunakan finisher FRIENDSHIP. Jadi pada pendapat saya, adakah berbaloi untuk membeli Aftermath~ Sangat berbaloi jika anda seorang peminat tegar siri Mortal Kombat. Kerana setiap penceritaanya berkaitan dan ada sambungannya. Jadi jangan lupa untuk dapatkan pek DLC Mortal Kombat 11: Aftermath berharga RM165.00 manakala Mortal Kombat 11: Aftermath + Kombat Pack RM205.00 di PlayStation Store. Mortal Kombat tetap menjadi permainan pertempuran terbaik untuk saya!

@gamersantaimy
The Review
Mortal Kombat 11: Aftermath
Mortal Kombat 11: Aftermath adalah sebuah debut yang memberi penceritaan tanpa disangka. Serta DLC watak baru yang datang semuanya menakjubkan!
PROS
- Visual tetap menarik penuh dengan darah!
- Watak yang hadir mempunyai kombo menarik
- Kemaskini yang lain termasuk skin tidak membosankan
CONS
- Mahal~ Mahal~ Mahal~
- Jika penceritaan lebih panjang lebih menarik
- Plot cerita agak menyakitkan hati sebab Shang Tsung
Discussion about this post