Cygames, Inc. mengumumkan bahawa permainan kad online yang dinanti-nantikan, Shadowverse: Worlds Beyond, telah melepasi 300,000 pra-pendaftaran menjelang pelancarannya secara global pada 17 Jun 2025.
Sebagai penghargaan kepada sokongan peminat, Cygames turut mengumumkan ganjaran baharu — termasuk tiket Legendary Card Pack jika mencapai 400,000 pra-pendaftaran, dan acara khas dalam game dengan hadiah utama sebanyak 2.5 juta Rupies apabila mencecah 500,000 pra-pendaftaran.

Sepanjang kempen pra-pendaftaran ini, pelbagai ganjaran telah dibuka mengikut jumlah penyertaan, antaranya:
- 50,000: 2 tiket Card Pack
- 100,000: Rupies bersamaan dengan 3 Card Pack
- 150,000: Emblem Dreizehn, Feast of Wolves
- 200,000: 5 tiket Card Pack
- 250,000: Card sleeve Dreizehn, Feast of Wolves
- 300,000: 10 tiket Card Pack

Sebagai sekuel kepada Shadowverse original, Worlds Beyond mempertingkatkan formula permainan dengan sistem deck building dan strategi kad serta diperkaya dengan mekanik baharu. Kini, pemain bermula dengan empat kad dan menarik satu kad pada giliran pertama. Antara ciri baharu termasuk Super Evolution, yang membolehkan follower mendapatkan kuasa tambahan dan memberikan serangan terus, serta kata kunci seperti Intimidate (menyekat serangan musuh), Aura (menghalang disasar daripada abiliti musuh), dan Barrier (melindungi daripada satu serangan).

Tujuh kelas unik diperkenalkan, termasuk kelas baharu Abysscraft yang menggabungkan elemen Shadowcraft dan Bloodcraft. Mod permainan turut dipelbagaikan — daripada story campaign solo, ranked match, arena mode, hingga ke perlawanan peribadi. Sebuah hab sosial, Shadowverse Park, turut tersedia di mana pemain boleh menyesuaikan avatar dan berinteraksi melalui mesej, pelekat, dan mini game seperti bola sepak.

Cygames turut memastikan pengalaman pemain lebih mesra dan ganjaran mudah dicapai. Setiap hari, pemain akan menerima Card Pack percuma, dengan misi yang boleh memberi sehingga 10 pek untuk setiap set baharu. Kad Legendary dijamin dalam setiap 10 pek pembelian. Jadual pelepasan set kad juga dipercepatkan — satu setiap bulan atau satu setengah bulan sehingga Ogos 2025, kemudian setiap dua bulan.

Untuk membantu pemain baharu, sistem AI Tips yang diketuai watak Eudie akan disediakan, manakala pemain lama boleh memindahkan data dari game asal dan menerima pelbagai bonus seperti tiket Card Pack dan item kosmetik.

Shadowverse: Worlds Beyond akan dilancarkan secara free-to-play dengan pembelian dalam aplikasi, dan bakal tersedia di iOS, Android, Steam, serta Epic Games Store. Pra-pendaftaran kini dibuka di laman web rasmi bagi mereka yang ingin merebut ganjaran eksklusif dan mengikuti perkembangan pelancaran.
@gamersantaimy
Discussion about this post