Teringin untuk buru ahli sihir? Ada game baru yang didedahkan semasa livestream Summer Game Fest yang anda boleh cuba nanti. Tajuk game tersebut ialah Witchfire, sebuah game fantasi first-person shooter yang dibangunkan oleh The Astronauts. Ia dirancang untuk dilancarkan sebagai akses awal di PC melalui Epic Games Store. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Jika anda ingin tahu, Witchfire dibangunkan oleh pembangun sama yang menghasilkan game seperti Painkiller, Bulletstorm dan The Vanishing of Ethan Carter. Game baru ini memaparkan game roguelite shooter, di mana anda akan menggunakan senjata aneh berserta magic untuk memburu ahli sihir kuat.

Berikut adalah ciri-ciri utama yang akan ditemui dalam Witchfire:
- Fantasi gelap dengan pistol! – Witchfire merupakan game first-person shooter oleh pembangun Painkiller dan Bulletstorm. Ianya game rouglite untuk pemain yang bencikan genre itu. Game ini menawarkan pengalaman gameplay yang mencabar malah menyeronokkan termasuklah beberapa jalan untuk kemenangan.
- Perang dengan Ahli sihir – Terdesak untuk menang dalam perang maut melawan ahli sihir, Gereja menyeru sihir pagan untuk mengubah orang berdosa yang rela untuk menjadi pemburu sihir abadi yang dipanggil “preyer”. Berbekalkan mantera yang kuat dan senjata api menakutkan yang dicipta oleh ahli sihir Vatican terbaik, misi anda adalah untuk mencari ahli sihir terkenal Laut Hitam, memusnahkan tentera yang melindunginya, dan mendapatkan semula artifak misteri yang boleh mengubah arus perang.
- Selami dunia Grimdark dengan grafik hebat – Sama seperti grafik The Vanishing of Ethan Carter, Witchfire menggunakan teknologi fotogrametri untuk mendapatkan visual hebat untuk dunia fantasi gelap.

Bukan selalu kita dengar konsep game seperti, lebih-lebih untuk genre roguelite. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Summer Game Fest 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post