Francais Aliens kembali dengan entri terbarunya, Aliens: Dark Descent, sebuah game RTS (Real-Time Strategy) untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Ianya akan dilancarkan pada tahun 2023. Berikut adalah trailer rasmi yang didedahkan semasa livestream Summer Game Fest:
Tentang Alien: Dark Descent
Dalam Aliens: Dark Descent, anda akan mengarahkan skuad Colonial Marines untuk menghentikan wabak Xenomorph yang menakutkan di Moon Lethe. Pimpin askar anda dalam game RTS menentang Xenomorphs ikonik, Weyland-Yutani Corporation, dan pelbagai mekhluk mengerikan yang baru dalam francais Alien.

Menyelinap masuk dan musnahkan musuh dengan skuad anda, memberikan arahan secara strategik dan intuitif dengan sentuhan satu butang. Berhati-hati kerana musuh anda akan gunakan taktik hebat berdasarkan aksi anda semasa memburu. Kematian anda juga adalah kekal. Tempa laluan unik untuk terus hidup, terokai jalan pintas, mencipta zon selamat dan menyediakan motion tracker di dunia itu.

Sesuaikan skuad anda dengan pelbagai class tersedia. Naikkan level dan gunakan sepenuhnya kebolehan unik tentera bersama-sama senjata, perisai dan perk untuk setiap misi. Bangunkan pangkalan penyelidikan anda untuk mencipta teknologi baru dan bawa skuad anda ke tahap seterusnya. Urus sumber anda dengan bijak dan ambil risiko untuk mengalahkan makhluk berbahaya itu sebelum terlambat.

Ciri utama
- Hadapi makhluk Xenomorph ikonik daripada Facehugger hingga Praetorian, Alien Queen dan banyak lagi, termasuk komando manusia dan ancaman baharu yang unik untuk penceritaan Alien ini.
- Pimpin secara strategik dan tukar taktik skuad untuk setiap misi, uruskan health, sumber dan kewarasan askar anda dengan teliti, untuk mengelakkan kekalahan pasukan kekal dan gangguan mental.
- Tempa laluan unik untuk terus hidup, dedahkan jalan pintas, mencipta zon selamat dan menyediakan tracker motion untuk kekal dihadapan.
- Kumpul dan naikkan level skuad yang terdiri daripada lima class permulaan Marines, dengan berdozen pengkhususan, kebolehan unik dan senjata.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Summer Game Fest 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post