Baru sahaja di siaran langsung Koch Media, sebuah gameplay trailer baru untuk Scars Above telah didedahkan oleh pembangunnya, iaitu Mad Head Games. Game ini merupakan third-person sci-fi shooter yang mempunyai persamaan seperti Metroid Prime dan Returnal. Pemain akan bermain sebagai Kate Ward, iaitu seorang ahli pasukan SCAR (Sentient Contact Assessment and Response) dan ahli astrobiologi dengan latar belakang kejuruteraan.
Pengarah Mad Head Games, Ivan Zorkic telah berkongsi mengenai suasana in-game di Scars Above, iaitu terdapat objek asing telah muncul di bumi dan pasukan angkasawan dihantar untuk mencari kebenaran mengenainya. Namun atas sebab yang tidak dijangka, pasukan ini telah dibawa ke sebuah planet asing.
Selain itu, Zorkic turut menyatakan watak Kate Ward sebenarnya bukanlah seorang tentera, tetapi dalam game ini, dia perlu melawan perasaan takutnya semasa mengembara di planet asing itu. Zorkic ingin memberikan gambaran bagaimana Kate mengatasi ketakutannya dalam Scars Above.
Tambahan pula, Scars Above akan mempunyai kraf mekanisme senjata dan suasana in-game mencabar yang hanya boleh diatasi dengan pelbagai senjata dan peningkatan. Studio tersebut tidak mahu memberikan senjata seperti super realistik, jadi mereka mahu pemain memasuki dunia Scars Above dan memikirkan tindakan apa yang perlu dibuat dalam situasi ini.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi pelancaran diumumkan oleh Mad Head Games. Ikuti segala perkembangan berita kami mengenai Summer Game Fest dengan menekan pautan yang tersedia ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post