Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sewa PS5 Jadi Pilihan Popular di Jepun – Cara Jimat Bermain Game Terkini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2025
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PS5
0 0
0
Sewa PS5 Jadi Pilihan Popular di Jepun – Cara Jimat Bermain Game Terkini
Share on FacebookShare on Twitter

GEO, sebuah syarikat Jepun yang dikenali dengan perkhidmatan jual beli dan sewa cakera fizikal serta game, telah mencuri tumpuan dengan memperkenalkan perkhidmatan sewa PlayStation 5 (PS5) sejak 28 Februari 2025.

Sambutan terhadap inisiatif ini sangat luar biasa – dalam masa sebulan selepas pelancarannya, separuh daripada 400 cawangannya melaporkan kadar sewa PS5 mencapai 100%.

Kredit: SIE

Dalam temu bual bersama ITmedia, wakil GEO, Yusuke Sakai, menjelaskan bahawa langkah ini diambil selepas syarikat menyaksikan penurunan mendadak dalam sewaan CD dan DVD, selari dengan pertumbuhan platform penstriman.

Pada masa yang sama, harga PS5 melonjak secara mendadak pada September 2024 – dari 66,980 yen kepada 79,980 yen – menjadikan pemilikan konsol ini lebih sukar untuk sesetengah pengguna.

Melihat kepada peluang tersebut, GEO memanfaatkan pengalaman mereka mengendalikan PS5 melalui program beli semula, lalu mengubah pendekatan kepada model sewa.

Kredit: ITmedia

Apa yang menjadikan perkhidmatan ini begitu menarik adalah harganya yang sangat mampu milik. Tanpa keperluan kos tambahan untuk latihan atau tenaga kerja, GEO mampu menawarkan kadar terendah dalam pasaran.

Pengguna boleh menyewa PS5 selama 8 hari 7 malam dengan hanya 980 yen (sekitar RM29.40), atau memilih pelan 15 hari 14 malam pada harga 1,780 yen (lebih kurang RM53.40). Jika mahu melanjutkan tempoh sewaan, hanya dikenakan tambahan 500 yen sehari (kira-kira RM15).

Bagaimanapun, setiap unit PS5 diset semula ke factory reset sebelum disewakan semula, jadi data tidak akan disimpan. GEO mencadangkan agar pelanggan sama ada memilih pelan lebih panjang atau membuat lanjutan, sesuai untuk game moden yang memerlukan masa lebih lama untuk diselesaikan.

Kredit: ITmedia

Populariti servis ini mencerminkan perubahan gaya pengguna di Jepun, di mana sewaan konsol menjadi alternatif pintar kepada pembelian. Dalam dunia gaming yang terus berkembang, kejayaan GEO menjadi contoh bagaimana akses kepada game konsol premium kini tidak lagi terhad kepada mereka yang mampu membeli.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5
ShareTweetSend
Previous Post

Ultraman: The Ultra Tour Bakal Gegar Sunway Putra Mall!

Next Post

Pencipta Jujutsu Kaisen Akhirnya Jelaskan Punca Kekalahan Gojo Kepada Sukuna!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ninja Gaiden 4 Disahkan Tiba Pada 21 Oktober 2025!
Berita

Ninja Gaiden 4 Disahkan Tiba Pada 21 Oktober 2025!

June 10, 2025
Beast of Reincarnation – Perubahan Besar Game Freak Yang Dikenali Untuk Pokémon
Berita

Beast of Reincarnation – Perubahan Besar Game Freak Yang Dikenali Untuk Pokémon

June 10, 2025
Apple Umum Kemaskini Inovatif Di WWDC25 – Ini 9 Sorotan Utama!
Teknologi

Apple Umum Kemaskini Inovatif Di WWDC25 – Ini 9 Sorotan Utama!

June 10, 2025
Next Post
Pencipta Jujutsu Kaisen Akhirnya Jelaskan Punca Kekalahan Gojo Kepada Sukuna!

Pencipta Jujutsu Kaisen Akhirnya Jelaskan Punca Kekalahan Gojo Kepada Sukuna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd