Monster Hunter World: Iceborne akhirnya tiba di PC dan ia membawa pelbagai jenis raksasa dan binatang untuk pemain memburu, membunuh, atau menawan. Raksasa besar adalah “BOSS” utama dalam permainan, dan memburu mereka memberi ganjaran seperti senjata dan perisai baju baru. Walaupun anda tidak boleh melawan semua raksasa pada permulaan permainan, setiap raksasa akan munculkan diri mereka selepas pemain maju dalam jalan cerita. Bagi pemain yang ingin tahu raksasa apakah yang mereka bakal bertarung, berikut adalah senarai setiap raksasa baru dalam Monster Hunter World: Iceborne!
Beotodus
Raksasa pertama yang akan kamu bertarung di Monster Hunter World: Iceborne ialah Beotodus, seekor Piscine Wyvern yang suka bersembunyi dalam salji. Ia adalah antara pertarungan awal yang sukar di dalam DLC, jadi pastikan anda bersiap sedia apabila menghadapi raksasa ini. Beotodus mempunyai beberapa abiliti dan semuanya mempunyai tanda jika anda memberi perhatian. Perkara besar untuk diperhatikan di sini adalah serangan ais Beotodus, yang boleh menyebabkan Iceblight.
Banbaro
Brute Wyvern ini mempunyai sepasang tanduk yang besar di kepalanya, dan boleh menggunakan pokok, batu, dan serpihan lain di sekitar medan perang sebagai senjata. Jika anda merancang untuk bertarung Banbaro, pastikan anda membawa banyak potion dan melatihkan kemahiran mengelak anda.
Tigrex
Berkat reka bentuknya yang unik, Flying Wyvern ini adalah satu raksasa yang menyeronokkan untuk bertarung. Berjaga-jaga kepada abiliti “roar” miliknya yang boleh stun pemain yang tidak berhati-hati. Raksasa ini mempunyai tabiat untuk menggunakan ekornya untuk menyerang, jadi cuba memberi tumpuan kepada bahagian tubuh itu secepat mungkin.
Brachydios
Raksasa terkenal ini membuat kemunculan semula ke dalam siri hasil kuasa penumbuknya yang kuat. Pastikan anda menghindari dan mengelakkan serangan Brachydios, kerana ia dengan mudah dapat mencederakan pemain yang rasa diri terlalu hebat. Di sini, pemain boleh mengambil masa untuk menewaskan rakasasa ini.
Nargacuga
Flying Wyvern ini sangat terkenal kerana daya ketahanan kepada Water dan sering dijumpai berkeliaran di sekitar Coral Highlands dan Ancient Forest. Jika anda merancang untuk bertarung Nargacuga, anda harus membawa beberapa item seperti Explosive Barrel dan Screamer Pod. Raksasa ini sensitif terhadap bunyi yang kuat, jadi anda boleh menggunakan item tersebut untuk mengganggu serangannya yang kuat dengan meletakkan Screamer Pod.
Rajang
Fanged Beast ini mungkin raksasa paling agresif yang anda akan jumpa di Monster Hunter World: Iceborne. Dengan daya ketahanan yang tinggi terhadap Fire, Thunder, dan Dragon, anda harus membawa gear berasaskan ais, kerana Rajang tidak akan berhenti menyerang sehingga ia tertewas. Lihat gerak geri Rajang dan pastikan anda mengelak daripada serangannya.
Glavenus
Brute Wyvern ini mungkin kelihatan seperti T-rex, tetapi saya jamin bahawa Glavenus lebih garang daripada dinosaur itu. Dengan ekor yang sering digunakan seperti pedang, Glavenus akan melakukan apa sahaja untuk memburu pemain yang tidak berpengalaman. Pastikan anda memberi perhatian kepada ekor dan mulutnya, kerana ia akan sering meludahkan serangan bebola api yang boleh menjadikan pemain kepada abu.
Zinogre
Zinogre adalah raksasa yang menjengkelkan. Fanged Wyvern ini bukan sahaja mempunyai serangan berasaskan Thunder yang kuat, namun ia sering menggunakan berat badannya untuk menjatuhkan pemain, agar ia dapat menyerang mereka secara berturut-turut. Pertempuran jarak jauh adalah yang terbaik dalam situasi ini, jadi pastikan anda mempersiapkan diri dengan baik sebelum memburu Zinogre.
Barioth
Antara raksasa paling ikonik dalam siri Monster Hunter, peminat pasti gembira untuk melihat Barioth membuat penampilan di Monster Hunter World: Iceborne. Menggunakan kukunya, Barioth akan bergerak dengan cepat di sekitar arena, sambil menyerang pemain dengan ekornya yang panjang atau gigi tajam. Antara pertarungan paling seronok dalam DLC, pastikan anda membawa banyak Nullberry untuk menyembuhkan efek Iceblight oleh Barioth.
Namielle
Raksasa variasi air yang berasaskan Elder Dragon Velkhana, Namielle merupakan musuh yang tidak harus dipandang rendah. Raksasa besar ini menggunakan bahagian sotongnya untuk menyerang pemain, jadi pastikan anda mengelak dari jarak serangannya ketika ia menyasari anda. Pemain boleh menghantar SOS, atau membawa party jika ingin memburu Namielle.
Velkhana
Salah satu raksasa paling sukar dalam DLC, Velkhana adalah satu lagi tambahan hebat kepada kumpulan Elder Dragons yang terdapat di Monster Hunter World. Dengan reka bentuk visual tradisional, raksasa berasaskan ais ini menggunakan serangan “spike” untuk menyerang pemain. Ia juga akan terbang di sekitar medan pertempuran untuk mengelak serangan melee pemain, di mana ia menggunakan ekornya untuk menyerang semula pemain yang terlalu dekat. Rakan-rakan dan item khusus sangat diperlukan untuk raksasa ini.
Yian Garuga
Raksasa terakhir dalam senarai ialah Yian Garuga, seekor Bird Wyvern yang menggunakan ekornya untuk menyerang musuh dari jauh. Raksasa ini juga diliputi oleh duri tajam, dan menjadikannya musuh yang sukar untuk mendekati. Sudah tentu, anda perlu tangkas ketika melawan Yian Garuga, jadi Energy Drink dan barangan Stamina lain akan sangat berguna semasa pertarungan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post