Netflix baru-baru ini mengongsikan video terbaru berkenaan One Piece Live Action yang menampilkan set penggambaran siri tersebut.
Dalam video tersebut mereka memberikan gambaran awal tentang siri Live Action dengan menampilkan tiga kapal termasuk Miss Love Duck, Going Merry dan Baratie Bar. Kita boleh lihat daripada proses awal iaitu konsep sehingga dibangunkan menjadi kapal sebenar.

Mereka telah banyak meluangkan masa untuk membina setiap satu daripada kapal tersebut dengan terperinci. Seperti kapal Baratie Bar yang besar, sudah pasti didalamnya mempunyai bar dan kebanyakan aksi akan berlaku di sana. Seterusnya, mereka juga didedahkan bahagian dalam kapal Miss Love Duck yang menampilkan warna pink dan bentuk hati.
Bukan setakat itu sahaja, kawasan perkampungan, rumah dan banyak lagi turut ditunjukkan dan semuanya nampak sangat cantik.
Kepada yang tidak tahu, siri One Piece live action telah diumumkan sekian lama lagi, namun ianya telah memulakan penggambaran pada tahun ini. Ia akan mempunyai 8 episod pada musim pertama dan jika mendapat sambutan, siri ini akan disambung ke musim seterusnya.
Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa pelakon yang akan menyertai siri ini. Berikut adalah para pelakonnya:
- Alexander Maniatis as Klahadore
- Steven Ward as Mihawk
- Craig Fairbrass as Chef Zeff
- Langley Kirkwood as Captain Morgan
- Celeste Loots as Kaya
- Chioma Umeala as Nojiko
Pencipta siri One Piec, Eiichiro Oda ialah penerbit eksekutif siri ini manakala Tomorrow Studio akan menerbitkannya. Siri live action ini sedang difilemkan di Cape Town, Afrika Selatan. Siri One Piece Live Action akan berdasarkan cerita daripada manga. Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan tarikh tayangan.

Saya ingin mengingatkan korang bahawa siri One Piece Live Action ini masih belum mengumumkan sebarang tarikh tayangan. Jadi, korang yang nak sangat tengok siri ini, marilah kita tunggu pengumuman tarikh tayangan tersebut. Korang yang dah tengok set penggambaran One Piece Live Action, apa pendapat korang? Puas hati tak dengan kapal besar yang terperinci tu? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post